Kita berada di dalam alam, dan sebenarnya seluruh alam berada di dalam diri kita, iaitu qalbu. Begitulah ajaibnya qalbu.
Kita melihat lautan luas terbentang, luatan luas itu masuk ke dalam mata kita, ia ada dalam mata kita.
Kita melihat langit yang sangat luas, langit luas itu masuk ke dalam mata kita, ia ada dalam mata kita.
Kita melihat gunung ganang yang tinggi, gunung-ganang itu masuk ke dalam mata kita, ia ada dalam mata kita.
Tetapi… mata di kepala kita ini hanya nampak benda2 yang pernah dijangkaunya sahaja, yakni yang pernah dilihatnya sahaja. Sebenarnya ia lemah.
Berbanding dengan mata qalbu atau mata hati kita. Benda2 yang ia tak pernah lihat pun boleh ia nampak. Benda2 yang mata kepala tak boleh jangkau pun ia boleh jangkau. Umumnya seluruh alam ini boleh berada dalam qalbu kita. Cuma kekuatan atau ketepatannya berbeza2 antara individu.
Ada hati yang dapat gambaran yang tepat tentang sesuatu perkara. Contohnya gambaran tentang alam barzakh, sidratul muntaha, keadaan di tempat yang sejauh 10 tahun cahaya, tentang apa yang ada di sebalik dinding rumah kita sekarang, malaikat Jibril dsb.
Ada hati yang dapat gambaran yang banyak betul walaupun tidak tepat.
Ada hati yang dapat gambaran betul dan tak betul lebih kurang sama banyak.
Adahati yang dapat gambaran yang banyak salah dan sedikit betul.
Ada hati yang dapat gambaran yang salah belaka.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment