Sekiranya kita hendak membina rumahtangga yang biasa, atau rumahtangga yang bukan tasawuf & perjuangan agama sebagaimana yang diminta oleh pihak yang meminta diadakan kuliah khas ini, pendek kata ilmu2 tentangnya cukup diperolehi dengan kita mengikuti rakaman syarahan Kitab Adab Pernikahan yang terdapat dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini. Saya sudah syarahkan hingga khatam akan Kitab Adab Pernikahan ini 7 tahun yang lalu dan semua rakamannya ada di yu ti ub. Maka bolehlah tonton, ambil ilmunya, dan yang lebih penting adalah - amal ke atas ilmu2 tersebut, yakni tindakan dan usaha untuk menggunakan ilmu2 tersebut.
Umumnya ilmu2 ini :
Jika kita tidak belajar, tetapi kita hendak amal – boleh jadi sesat, tersalah jalan dan mudarat.
Jika kita tidak belajar, dan kita tidak mahu amal – musibat dan mudarat.
Jika kita sudah belajar, tetapi kita tidak amal – tiada manfaat dan berpontensi mudarat.
Jika kita sudah belajar, lalu kita amal – insya-Allah manfaat dan mendapat yang dihajat.
Sebenarnya mendirikan rumahtangga ini boleh menjadi antara ibadah yang terpanjang. Ia merupakan lubuk kepada emas dan batu2 permata akhirat iaitu kasih sayang Allah dan pahala. Namun ia juga boleh menjadi antara lubuk dosa dan lubuk derita yang panjang, sekiranya tidak kena dengan caranya.
- Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25
No comments:
Post a Comment