Wednesday, December 17, 2025

20 Tahun Tidak Kena 4 Serangkai

 

Ada hal2 yang pada suatu ketika dahulu kita yakin mustahil dapat berlaku, tetapi kemudiannya hal2 itu macam tidak mustahil ada berlaku. Sewaktu kecil dahulu, saya ada terdengar orang2 tua bercerita bahawa ada orang2 yang sampai dua puluh tahun tidak pernah terkena penyakit demam, selesema, dan batuk. Pada saya ketika itu, hal tersebut adalah bohong. Ia tidak lebih sekadar membesar2kan cerita untuk menyedapkan cerita.

 

Sampailah ke zaman dewasa yakni pada tahun2 90-an dan awal 2000-an. Sewaktu berguru dengan guru2 perubatan Islam/ Nabawi, ada juga diberitahu tentang kewujudan orang2 yang tidak pernah terkena 4 serangkai tersebut sampai 20 tahun lamanya. Namun hati saya masih sukar juga untuk menerimanya. Takkanlah sampai 20 tahun tidak pernah terhinggap walau salah satu.

 

Tapi kemudiannya saya memang diizinkan Allah menyaksikan memang ada orang2 yang tidak pernah terkena walau salah satu daripada 4 serangkai iaitu demam, batuk, selesema dan sakit kepala. Ada yang 4 tahun, ada yang lebih 6 tahun, dan ada yang sampai 8 tahun. Walaupun masih jauh untuk sampai ke angka 20 tahun, namun saya mula berasakan hal tersebut bukanlah mustahil. Benar2 ada atau tidak, saya belum pernah ketemu. Cuma saya berasa ia tidak mustahil pernah ada, sedang ada dan akan ada lagi. Wallahua’lam.

 

10/12/25

 

No comments: