ANTARA ADAB-ADAB DALAM BERMUSAFIR
Pertama : Kata Imam Al-Ghazali : “Tidaklah bermusafir melainkan apabila perjalanan itu menambahkan keagamaan.” Boleh bermusafir walaupun perjalanan itu tidak menambahkan keagamaan, tetapi sebaik-baiknya dielakkan. Dan jangan bermusafir sekiranya perjalanan itu bakal membuatkan keagaman kita berkurang.
Kedua : Berharaplah agar dalam perjalanan itu kita akan tersua dengan orang-orang soleh dan perkumpulan-perkumpulan yang soleh. Kadang2 kita terbalik pula. Kita beraharp agar tidak tersua. Kalau boleh tak mahulah bertembung dengan orang2 aau perkumpulan2 keagamaan kerana kita berasa tidak selesa.
Ketiga : Jika mahu mengujungi saudara, biasakan sekadar 3 hari sahaja, kecuali ada urusan penting atau diminta oleh saudara kita itu. Hal ini agar dia tidak terbeban dengan kehadiran kita. Tambah2 jika kita kena menumpang di tempatnya.
Keempat : Jika menziarahi guru (syaikh), biasakan tidak lebih daripada sehari semalam sahaja, melainkan ada kepentingan atau diminta oleh si guru. Hal ini agar kita tidak mengganggu tugas-tugas si guru. Itu bab ziarah guru. Jika untuk belajar, ikutlah kesediaan si guru. Ada pelajaran yang beberapa jam, ada yang sehari semalam, ada yang berhari2, berminggu2, berbulan2, bertahun2, dan ada yang tinggal terus dengan guru.
Kelima : Sekiranya hasil perjalanan itu nampaknya membuatkan diri kita menjauh pula daripada agama, maka hendaklah kita kembali ke tempat kita. Hal ini kerana jelas bahawa perjalanan itu berpenyakit. Kita pula kadang2 sebaliknya. Jika jauh daripada suasana agama maka kita berasa lebih bebas dan seronok. (Malangnya)
- Catatan kuliah live streaming ke-34 ILMU2 IMAM AL-GHAZAL pada 31/10/25 (Petikan, Ringkasan & Rumusan Ihya’ ‘Ulumuddin), Adab2 Bermusafir, Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment