Apakah antara kegunaan, peranan atau fungsi Tungku Ad-Diin yang 4 dalam berumahtangga dan berkeluarga?
Ada 4 tungku atau fardhu agama dalam hadith Jibril iaitu al-islam, al-iman, al-ihsan dan as-sa’ah.
i) Tungku al-islam : Meluruskan dan mencantikkan perbuatan/ perlakuan anggota tubuh badan (fekah kehidupan, tatacara, aturan, benar salah, hukum-hakam, peraturan2, undang2 dsb). Ini sangat penting dalam berumahtangga.
ii) Tungku al-iman : Meluruskan dan mencantikkan perbuatan akal, sejahterakan penggunaaan akal, betulkan cara berfikir, luruskan aqidah dsb. Ini sangat penting dalam berumahtangga.
iii) Tungku al-ihsan : meluruskan dan mencantikkan perbuatan hati, jiwa, qalbu, emosi, perasaan, adab, akhlak dsb. Ini sangat penting dalam berumahtangga,
iv) Tungku as-sa’ah : Meluruskan dan mencantikkan tindakan tubuh badan, akal dan hati agar bersesuaian menurut zaman, situasi, tempat. Ini pun sangat penting dalam berumahtangga.
- Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25
No comments:
Post a Comment