Kampung
kita di hilir sungai. Airnya makin lama makin kotor. Dulu airnya
sedap dibuat minum, bersih untuk mencuci pakaian, dan sesuai untuk
mandi-manda. Tapi kini makin hari airnya makin tidak sedap untuk
dimasukkan ke tekak, tinggal satu dua keluarga sahaja lagi yang masih
mencuci pakaian di sungai, dan sudah jarang2 sangat orang
mandi-manda. Jika ada pun yang berendam ialah kanak-kanak yang
sesekali melepaskan gian mandi sungai. Itu pun setelah pulang ke
rumah, ibu bapa akan menyuruh mereka bilas badan dengan air telaga di
tepi rumah atau air hujan dalam tempayan di tepi tangga. Sungai di
kampung kita seolah-olah terkena penyakit dan kesihatannya semakin
memburuk dari sehari ke sehari. Airnya berbau, rupanya keruh
kehitaman, rasanya tidak tawar sedap, dan ikan2 makin berkurangan.
Tanaman pertaian yang disiram dnegan air sungai itu pun tidak berapa
mahu menjadi.
Ramai
yang sedia maklum akan masalah ini. Maka untuk menyihatkan kembali
sungai, dibuatlah gotong-royong
selalu
- nampak agak sihatlah sikit2 tapi sekejap cuma. Dibuatlah peraturan2
agar jangan ada sampah dibuang ke sungai, jangan ada yang menuba
(menyantau) ikan, jangan
disalurkan sisa2 ternakan
ke sana, tapi nampak lebih kurang juga kotor sungainya.
Bukan
usaha2 berkaitan yang zahir2 sahaja dibuat, usaha2 berkaitan dengan
yang ghaib2 juga ada. Ada yang berdoa, ada yang bersolat hajat, ada
yang baca Yaasin beramai-ramai, ada pula yang buat ancak, ada yang
berhubungan dengan penunggu sungai, ada yang memasukkan barang2 sakti
ke dalam sungai - yang semua itu dilakukan untuk memulihkan sungai
kampung kita. Tapi nampak gayanya... masih macam itu juga. Akhirnya
lebih banyak penduduk kampung yang membiarkan sahaja sungai itu
semakin uzur.
Sepatutnya
selain daripada berdoa, gotong-royong dan usaha2 baik yang lain,
keutamaan kena diberikan untuk membersihkan hulu sungai. Apabila hulu
sungai sihat, insya-Allah sihatlah di hilirnya. Apabila jantung
sihat, biasanya sihatlah yang lain2 juga. Apabila perut sihat,
banyaklah sihat bahagian2 badan yang lain juga.
Ibarat
penyakit kulit tertentu. Banyak orang berusaha menyembuh atau
mengurangkannya tetapi buat usaha2 yang mudah2 sahaja. Tiap hari
cuci2, pakai ubat sapu2, berdoa tiup2 dengan mulut, balut2 dengan
tumbuhan, dan sebagainya. Padahal punca penyakit itu di perut. Maka
perutlah yang kena dirawat terlebih dahulu. Apabila perutnya sudah
sihat, insya-Allah sihatlah kembali kulitnya.
Tapi
itulah, ada yang tak berapa hendak percaya bahawa penyakitnya itu
berpunca dari dalam. Sebab itulah mereka terus bertahan mengubat dari
luar2 sahaja. Ada pula yang percaya tetapi malas untuk mengusahakan
kesihatan dalaman. Al-maklumlah, berubat dalaman ini nak kena telan
ubat yang pahit2, nak kena pilih2 makanan berkhasiat, nak kena
berpantang dan sebagainya. Kan semua itu menyusahkan? Jadi,
lama-kelamaan semakin memburuklah kesihatan kulit mereka.
Ramai
orang lebih suka merawat kesan, gejala, akibat atau hasil berbanding
merawat punca. Habuk dan kotoran yang sudah berbulan di bawah tikar
dibiarkan. Padahal di situlah puncanya. Sebaliknya habuk dan kotoran
yang di atas dan sekitar tikar sahaja yang disapu. Alamatnya pagi
petang malam ada banyak habuk dan kotoran. Letihlah kena selalu
disapu dan banyak pula jumlahnya. Tetapi jika yang di bawah tikar itu
dibersihkan, maka jarang2lah ada habuk dan kotoran di atas dan di
sekelilingnya, jarang2lah kena menyapu, dan sedikit2 sahajalah
jumlahnya.
Samalah
halnya dengan hendak merawat hulu sungai. Hulu sungai nun jauh ke
dalam hutan, nak kena mendaki bukit pula. Berjalan kaki sahaja sudah
6 jam untuk tiba ke sana. Nak kena berletih2, melalui kawasan duri,
lubang, pacat, nyamuk rimba, babi hutan, haiwan2 berbisa... maka tak
adalah yang mahu berkorban pergi merawat hulu sungai.
Punca
penyakitnya di hulu, di awal, di tempat asal, di sebab utama. Ada
orang2 yang menceroboh dan sudah mengubahsuai hulu sungai dan
sekitarnya lalu kemudiannya mereka pergi sahaja dari sana dengan
senang hati tanpa mahu bertanggungjawab. Maka penyakitnya akan turun
dan muncul jelas di hilir. Semakin lama dibiarkan, semakin tidak
sihatlah di hilir itu. Kampung kita juga yang kena.
Ada
kampung2 lain yang mengambil langkah sedari awal. Sebaik2 sahaja para
penceroboh berlalu, mereka dengan segeranya merawat hilir sungai
kampung mereka. Hasilnya ada sungai yang kekal sihat. Alhamdulilah.
Ada juga sungai yang terkesan tetapi tidaklah seteruk sungai kita.
Penduduknya masih banyak yang minum air sungai, membasuh pakaian dan
mandi-manda. Syukur. Sungai kita? Sedikit hari lagi mungkin langsung
tidak sesuai dibuat minum, tidak ada lagi orang membasuh pakaian, dan
penduduk berasa geli untuk mencelupkan kaki pun apatah lagi untuk
mandi.
Antara
kata sebahagian penduduk yang enggan merawat hulu sungai :
-
Kita pulihkan masalah2 yang timbul itu di sini aje, di sungai kampung
kita ni. Tak
payahlah sampai nak bersusah-payah ke hulu sana untuk buat kerja2
pemulihan.
-
Masalah di hilir ni tak ada kaitan dengan hulu
le.
-
Apa yang berlaku, kita redha je.
Adalah hikmahnya mengapa Allah jadikan macam tu. Kita mana tahu
rahsia Allah. Terima dan lalui je nasib sungai kampung kita ni.
-
Alah, kalau Tuhan
nak hulu nun cantik tapi hilir ni tak cantik pun - akan tetap hilir
ni tak cantik juga! Kalau Tuhan
nak hulu nun tak cantik tapi hilir ni cantik - akan tetap hilir ni
cantik juga. Semua kuasa Allah. Dia Maha Berkuasa. Kita makhluk tiada
daya upaya.
-
Dah macam2 usaha dah dibuat. Macam tak dak apa perubahan pun. Kalau
kita nak rawat yang di hulu nun pun, lebih kurang
macam
tu jugak
le
nanti
hasilnya.
-
Tak ada harapan dah. Cuma menunggu masa je sungai kita ni.
-
Masalah2 dalam sungai kita ni dah bersarang beranak-pinak dah aih.
Mana boleh buat apa dah. Rawat le hulu sungai nun dengan apa cara
sekalipun, masalah2 dalam sungai kita ni
dah bersebati dengan tanah dengan tumbuhan semua.
-
Kita terus sahaja bertawakal dan bersabar. Kita berserah kepada Allah
sepenuhnya.
-
Aku tiap2 hari mandi di sungai tu sihat je pun.
-
Allah buat sungai2 ni penuh dengan kekuatan2 ajaib
secara semulajadi. Air dua kolah saja pun dah
ada kekuatan tertentu, apatah lagi air sesungai!
Pandai le sungai tu nak imunkan dan
nak pulihkan diri dia sendiri.
Maka
tak perlulah memulihkan puncanya.
Akhirnya
sungai yang
sudah lama terlantar
menderita itu
pun mati.
Sebelum
itu lagi kampung
sudah
semakin sunyi kerana banyak penduduk yang petani berhijrah
bercucuk-tanam di kampung lain, yang nelayan berhijrah menyara hidup
di sungai lain, dan
yang
berdayung membawa orang menyeberang setiap hari kini mencari makan di
tempat lain.
Beginilah
yang selalu terjadi kepada kesihatan diri, kerukunan petempatan,
jemaah2, perkumpulan2, parti2,
negara
dan sebagainya. Wallahua'lam.
18/3/23