Saturday, November 1, 2025

Tingkatan2 Kesabaran

 

TINGKAT-TINGKAT KEKUATAN SABAR

 

Ada juga orang2 yang tersalah pemahaman kononnya sabar itu ertinya duduk berdiam dan menyerah sahaja apabil mereka terkena sesuatu malapetaka. Apa yang mereka kena dan apa yang orang lain buat ke atas mereka, mereka akan bersabar dalam erti kata duduk berdiam dan berserah sahaja. Sebenarnya itu bukanlah sabar yang dimaqsudkan. Malah ia boleh bertentangan dengan syukur.

 

Tingkat2 kekuatan sabar :

 

1.       Ada orang yang kuat bersabar lalu berjaya mengalahkan kehendak hawa nafsunya. Jumlah orang-orang sebegini sangat sedikit. Merekalah orang-orang siddiq dan muqarrabin. Inilah sabar yang sebenar, yang lebih tepat.

 

Contohnya – orang2 sekelilingnya berbelanja boros. Dia pun teringin juga hendak boros, tetapi dia bersabar. Dia menahan dirinya daripada boros.

 

Contohnya kaum wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Lagi dibuka lagi banyak pujian dan disukai orang ramai. Tetapi dia menahan dirinya daripada berbuat demikian. Itulah sabar.

 

Contohnya orang2 yang suka berhutang demi untuk mendapatkan hal2 kehendak, bukannya hal2 bertaraf perlu. Dai pun teringin juga hendak menikmati hal2 bertaraf kehendak itu tetapi dia menahan dirinya daripada berbuata demikian. Inilah sabar.

 

2.      Orang yang sesekali berjaya bersabar dan sesekali tidak berjaya bersabar. Jenis ini memang ramai.

 

a        Orang-orang yang selalu gagal mengawal kesabarannya lalu mereka tunduk kepada hawa nafsunya. Jenis ini juga ramai.

 

-          Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 25 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Sabar, Syukur, Nikmat & Kufur, oleh Paklong Abu Zulfiqar

No comments: