Saturday, November 1, 2025

Besarnya Rahmat Allah kepada Kita

 

ALANGKAH BESARNYA RAHMAT ALLAH KEPADA KITA

 

Allah Taala berfirman : “Sesiapa yang mengerjakan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri, kemudian dia meminta ampun (bertaubat) kepada Allah, nescaya akan didapatinya bahawa Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (An-Nisa’ : 110)

 

Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walau sebesar zarah. (Bahkan) walaupun perbuatan baik itu hanya sebesar zarah, akan dilipat gandakan oleh Allah dan akan diberi-Nya pahala yang besar di sisi-Nya.” (An-Nisa’ : 40)

 

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah paling menyayangi hamba-Nya yang beriman lebih daripada (sayang) ibu kandung kepada anaknya.” (Bukhari, Muslim)

 

Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang mengakui bahawa tiada Ilah selain Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, nescaya diharamkan oleh Allah atasnya naar.” (Bukhari, Muslim)

 

Sabda Rasulullah SAW : “Dan sesiapa yang takut akan waktu berdiri di hadapan Rabbnya, nescaya dia mendapat dua jannah.” (Ahmad, dengan isnad sahih)

 

-          Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 20 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada ktab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Ilmu dan Rahsia Kematian oleh Paklong Abu Zulfiqar

No comments: