Seorang hamba Allah menulis kepada sahaya :
Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan dan keafiyatan kepada Ustaz Abu Zulfiqar… Saya antara peminat ustaz semenjak kecil lagi lebih kurang 14 tahun lepas, kagum dengan ustaz yang menghabiskan umur dengan karangan Imam Al Ghazali… Dulu saya pernah berdebat dengan ustaz di massage fb sebab rasa diri saya “pandai” dalam ilmu makrifat. Mungkin ustaz tak ingat tu, tapi saya masih ingat.. Apapun terima kasih banyak ustaz, atas penulisan & rakaman ceramah ustaz yang memberi manfaat kepada saya & juga sahabat yang lain… Semoga suatu masa nanti direzekikan dapat bertemu Ustaz Abu Zulfiqar secara berdepan…
Balasan sahaya kepada beliau :
Doa yang sama juga untuk tuan. Semoga tuan sentiasa dikurniakan kesihatan dan keafiyatan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Ribuan terima kasih atas sokongan tuan. Memang sahaya sudah tidak ingat langsung akan hal tersebut. Kita pandang yang ke depan sahaja, hal yang sudah berlalu tu kita ketepikan. Sekali lagi, terima kasih atas sokongan tuan. Insya-Allah suatu hari nanti kita bertemu.
*Mohon maaf lewat membalas. Laman2 sahaya ni ada pembantu2 yang uruskan untuk update. Jadi, sahaya selalu terlepas pandang. Tapi biasanya jika ada komen2 yang dirasakan penting, mereka akan maklumkan kepada sahaya untuk sahaya jawab sendiri.
November 2025
No comments:
Post a Comment