Sebahagian salaf berkata : “ Banyaklah amalan yang kecil, (tetapi) dibesarkan ia (nilainya di sisi Allah) oleh niat. Dan banyaklah amalan yang besar, (tetapi) dikecilkan ia (nilainya di sisi Allah) oleh niat.”
Maksudnya, banyak amal-amal yang kecil dan tidak kelihatan hebat, tetapi di sisi Allah dipandang-Nya sebagai berharga dan hebat kerana ikhlasnya niat. Dan banyak pula amal-amal yang kelihatan berharga dan hebat, tetapi di sisi Allah dikiranya sebagai kecil dan tidak hebat kerana niatnya tidak ikhlas atau kurang ikhlas.
Contohnya, seorang hamba Allah yang ikhlas sedekahkan RM1 betul2 dengan niat untuk membantu. Waaupun nilainya kecil tetapi di sisi Allah nilainya besar. Berbanding seorang yang lain yang sedekahkan RM10,000 tapi niat sebenarnya untuk berbangga, menunjuk2, sombong dsb. Walaupun nilainya besar tetapi di sisi Allah nilainya kecil (dan mungkin tidak ada nilai langsung).
- Nota daripada live streaming channel Tlgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI, 19.10.25
No comments:
Post a Comment