Tuesday, November 25, 2025

Memilih Pasangan Rumahtangga Tasawuf dan Perjuangan

 

PERSEDIAAN DIRI SENDIRI SEBELUM MEMILIH PASANGAN UNTUK MEMBINA RUMAHTANGGA & KELUARGA TASAWUF DAN PERJUANGAN AGAMA

 

Tentunya ada pelbagai persediaan. Kena usaha buat belaka. Cuma di sini (dalam kuliah khas yang diminta buat ini) kita hanya akan fokus kepada yang berkaitan dengan tasawuf dan perjuangan. Antara persediannya :

 

 

1. DOA. Ini yang paling utama. Kita minta/ mohon kepada Allah apa yang kita hajatkan. Pada hakikatnya, hanya Allah Ta’ala sahajalah yang ada kuasa dan keizinan untuk merezekikan kita rumahtangga & keluarga tasawuf & perjuangan. Selain daripada Dia, langsung tidak ada sebarang daya upaya. Baik diri kita, usaha kita, guru kita, kitab2, pemerintah, dan walau siapa jua pun, semua itu tidak dapat hendak memberi kepada kita rumahtangga tasawuf dan perjuangan. Begitulah pada hakikatnya, bukan pada syariatnya.

 

Jika kita memohon, insya-Allah lebih mudah mendapat. Allah sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa dan memohon kerana di situ ada pengiktirafan ke atas-Nya sebagai Rabb, sebagai satu2nya yang ada kuasa untuk memberi, dan di situ juga pengakuan diri kita sebagai hamba akan kelemahan kita, ketiadaan sebarang daya kuasa kita, dan kelemahan kita. Sebab itulah Allah sangat suka akan orang2 yang berdoa.

 

Sebahagian orang sangat kuat berusaha tetapi lemah dalam memohon kepada-Nya. Hal ini seolah2 usaha dan ikhtiar mereka itu ada kuasa, ada memberi bekas. Sedar tak sedar mereka mungkin sedang terlorong ke arah fahaman qadariyah.

 

2. LENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU2 4 TUNGKU AGAMA (AD-DIIN). Sekurang2nya yang asas2 – fekah, aqidah, tasawuf dan as-sa’ah. Kena berguru, kena belajar, dan kena amalkan pelajaran. Dalam tasawuf (al-ihsan), kenalah lebih sikit. Bukankah tadi matlamatnya hendak membina rumahtangga dan keluarga tasawuf?

 

3. BIASAKAN DIRI BERJUANG UNTUK AGAMA DAN UMMAH. Sepatutnya sebelum berumahtangga sudah mula biasakan diri merancang gerak kerja, biasakan berkorban sedikit sebanyak (dari segi tenaga, wang, harta benda, masa, kerehatan), biasakan berdakwah - baik secara individu ataupun secara berkumpulan (berjemaah), biasakan buat refleksi dakwah, muhasabah aktiviti dakwah dan gerak kerja, dsb. Hendak membina dan mepimpin keluarga pejuang, nanti memang nak kena buat semua ini. Bukan boleh ajak berjuang atau suruh berjuang begitu sahaja. Ada perancangan, ada kekuatan, ada tindakan, ada plan A plan B, ada refleksi, post mortem, ada musyarwarh keluarga, ada protfolio, peranan dan tanggungjawb masing2, dll.

 

Takkan dah berumahtangga, dah berkeluarga baru nak tercari2, tercuba2, baru2 belajar? Boleh, tetapi akan lambat dan masalah2 lain akan muncul. Khuatir nanti tak berjaya pun nak capai matlamat mendapatkan rumahtangga tasawuf dan perjuangan agama.

 

…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25

 

 

@ Rasululah saw bersabda : “Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka PILIHLAH YANG BERAGAMA, nescaya beruntunglah kamu.” (Bukhari)

 

Apakah maksud 4 perkara ni? Lihat kalimah kemudian yang berbunyi : “Pilihlah yang beragama”. Maksudnya yang BAGUS agamanya. Dari situ fahamlah kita bahawa 4 perkara itu ialah bagus hartanya, bagus kedudukannya, bagus kecantikannya, dan bagus keagamaannya.

 

Mana yang kita nak?

Sekiranya boleh, keempat2 ciri pun kita nak. Tetapi sangat jarang kita jumpa yang bagus dalam keempat2nya.

-          Ada yang ekonomi sangat stabil malah kaya, tapi keagamaannya lemah.

-          Ada yang  kedudukannya tinggi, tetapi kurang dari segi rupa paras.

-          Ada yang cantik, tetapi dari segi kedudukannya orang bawah2.

-          Ada yang bagus keagamaannya, tetapi statusnya rendah.

 

Sekiranya ada pun yang mempunyai 3 atau 4 ciri di atas, tetapi :

-          Dia tak mahu kat kita pulak.

-          Dia dah jadi isteri orang. Haram untuk kita. Mengharap2 pun tak boleh.

-          Dia jenis tak minat berkahwin pulak. Atas macam2 faktorlah – contohnya frust, berpenyakit (tak sihat), tumpu kerjaya (tak minat bersuami), tumpu ibadah (pengabdian), nak kahwin lambat lagi, dsb.

-          Jauh lokasinya dari tempat kita.

-          Masa itu kita pula tidak mampu atau belum berkemampuan.

-          Usia jauh berbeza – sama ada jauh lebih tua, atau jauh lebih muda.

 

Yang mana yang sepatutnya kita utamakan?

Tentulah yang BAGUS keagamaannya (sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah saw dalam hadithnya di atas tadi). Cubalah elakkan yang kurang bagus keagamaannya, atau yang tidak bagus keagamaannya. (Tambah2 dalam usaha hendak membina rumahtangga tasawuf dan keluarga perjuangan agama sebagiamna tema kuliah khas ini).

 

Selain itu, kita kena perhati juga - kadang2 si lelaki atau si wanita itu bagus keagamaannya, tapi keluarganya tidak bagus keagamaannya. Biasanya, kita selepas bernikah nanti akan banyak bercampur-gaul dengan ahli keluarganya.

 

Orang yang bersopan santun, mahmudah, bagus agama, tapi kadang2 ahli keluarganya gagal bab sopan santun, banyak membudayakan yang mazmumah, lemah keagamaan dsb. Oleh sebab itu, keadaan keluarga pun kena ambil tahu juga sedikit-sebanyak. Cuma jangan kaji berdalam2, dikhuatiri nanti tak kahwin sampai ke sudah.

 

Kita kaji sekadarnya sahaja. Kerana sebahgian lagi hak Allah, supaya kita ada berserah dan bergantung kepada Dia.

 

…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25

No comments: