Rasululah SAW bersabda : “Tidak sepatutnyalah bagi manusia yang menyaksikan suatu tempat yang padanya ada kebenaran (yang sepatutnya diperkatakan/diperbetulkan), melainkan dia (kenalah) mengatakan kebenaran itu. Kerana sesungguhnya hal yang demikian tidak akan mendahulukan ajalnya (tidak akan membuatkan dia cepat mati) dan tidak akan menghalangi rezeki yang diperuntukkan baginya.” (Baihaqi, Turmizi dan dipandangnya hasan)
Hendak menyatakan yang benar dan menegah yang salah ini tidak banyak orang yang sanggup kerana takut cepat mati dan takut susah dapat rezeki. Takut cepat mati ini contohnya takut dipukul, dipulaukan, terpulau, takut tidak dibenarkan mendapat rawatan, takut disusahkan untuk mendapatkan wang, disukarkan untuk mendapat ubat2an, takut dinafikan hak dsb. Takut terhalang rezeki pula contohnya takut dinafikan pendapatan, dihalang gaji, takut tidak dibenarkan berniaga/ bekerja, takut orang tidak datang ke kedai, takut tidak dinaikkan pangkat, takut diturunkan pangkat dsb.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 24 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Amar Ma’ruf, Nahi Munkar, oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment