KEAJAIBAN NIKMAT ALLAH TENTANG MAKAN MINUM
Bahagian ini termasuk juga ilmu alam Imam al-Ghazali. Makan minum itu asas untuk hidup. Maka nikmat makan minum ini lebih dekat dengan kita dan lebih mudah untuk kita menghayatinya berbanding nikmat2 lain.
Perhatikan kejadian lidah. Ia menggerak-gerakknn makanan ke tepi ke tengah, ke gigi untuk dihancurkan, dan ke tekak untuk ditelan. Ia menghasilkan gabungan rasa-rasa sehingga makan minum kita terasa lazat dan aneka rasa. Inilah nikmat daripada Allah.
Di bawah lidah itu ada satu mata air yang hebat iaitu yang mengalirkan air liur. Hebatnya air liur ini, ia keluar mengikut keperluan dan banyaknya juga mengikut keperluan. Ia membasah, melembutkan dan membantu menghancurkan makanan. Di dalam air liur itu mengandungi bermacam2 khasiat. Gabungannya (segala perkakasan di dalam mulut itu) menghasilkan 1001 rasa. Nikmat Allah.
Kemudian makanan itu tertolak masuk ke rongga tekak lalu berjalan melalui salurannya hingga ke perut dan seterusnya. Padahal kita tidak mampu menjoloknya masuk menggunakan tangan kita. Nikmat Allah.
Semua proses itu berlaku dengan sendirinya di luar daripada campur tangan kita. Ketika kita sedang duduk ini pun, berjuta-juta proses sedang berlaku di dalam tubuh badan kita. Siapakah yang punya kerja? Ketika kita sedang tidur pun, sama juga keadaannya. Dengan degupan jantungnya, denyutan nadinya, aliran darahnya, proses penghadaman, pembesaran bagi orang2 muda, pengecutan bagi orang2 tua, edaran oksigen, pemanjangan rambuat dna kuku, dsb.
Seterusnya, makanan yang di dalam perut kita itu bukannya boleh terus diambil zatnya, dijadikan darah, tulang atau daging, tetapi mesti dimasak terlebih dahulu oleh satu dapur ajaib di dalam perut kita. Hasil masakan itulah yang nantinya akan pergi menurut jalan masing-masing. Bahagian perut utama (perut besar) kita itu satu kuali atau satu tempat tetapi hasil masakannya berbeza-beza mengikut ketentuan Allah. Sebab itulah kita selalu sebut bahawa perut kita ini adalah tentera Allah yang sangat hebat.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 25 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Sabar, Syukur, Nikmat & Kufur, oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment