Tuesday, November 25, 2025

Berkahwin Atas Faktor Apa Yang Utamanya?

 

BERKAHWIN ATAS FAKTOR APA YANG JADI FAKTOR UTAMA? (Agar bersesuaian dengan tema kuliah khas yang diminta ini iaitu “Merancang Rumahtangga dan Keluarga Tasawuf DAN Perjuangan Agama)

 

Manusia mendirikan rumahtangga atas bermacam2 faktor. Ada yang kerana :

1.      Sudah sampai usia yang sesuai untuk mendirikan rumahtangga.

2.      Sudah ada kemampuan dari segi hendak menanggung isteri dan anak2.

3.      Cinta.

4.      Dipaksa.

5.      Berasa terpaksa.

6.      Mahu memelihara diri daripada terjebak dalam kemaksiatan.

7.      Mahu menyambut seruan Rasulullah agar bernikah.

8.      Mahukan harta.

9.      Mahukan kehidupan yang lebih baik.

10.   Mahukan zuriat, keturunan,menyukai kanak2.

11.   Segan kalau tidak menikah kerana orang2 lain pakat menikah dah.

12.   Hendak menolong orang.

13.   Hendak memenuhi kehendak orang – kehendak ibu bapa, adik-beradik contohnya.

14.   Nak hidup berteman. Nak ada kawan. Dok rasa kesunyian.

15.   Nak naikkan status – berkahwin dengan orang atau keluarga yang lebih mulia.

Dan macam2 lagilah faktor atau sebab atau punca. Biasanya ada beberapa sebab/faktor sekaligus yang membuatkan seseorang itu mendirikan rumahtangga.

 

Dalam banyak2 sebab itu, apakah sebab yang teratas? Apakah faktor utama?

Sekiranya dapat (jika tak dapat, macam biasa, tak mengapa), biarlah perkahwinan kita itu penyebab/faktor utamanya adalah kerana Allah. Cuma dalam nak memaham kalimah “kerana Allah” ini, mendalam pemahamannya, nak kena masuk kuliah tasawuf. Jadi, kita rendahkan sedikit pemahamannya agar mudah nak hampir kepada faham – Conthnya : Jika dapat, biarlah mendirikan rumahtangga itu faktor utamanya, atau faktor teratasnya adalah memang kerana agama, memang untuk agama. (Ingat semula tema kuliah ini – hendak membina rumahtangga dan keluarga perjuangan agama)

 

Apakah maksud “kerana agama, untuk agama” ni?

Penyebab utama nak berumahtangga itu adalah untuk melancarkan lagi sama2 menambah ilmu2 agama, mengkualitikan amal2 agama, untuk mendalami agama, untuk berdakwah, untuk buat kerja2 pada jalan Allah, untuk bekerja untuk umat, untuk mempertahankan Islam, untuk memperjuangkan Islam, dan hal2 yang sewaktu dengannya.

 

Jika inilah faktor teratas atau faktor utamanya, insya-Alah cara kita mencari pasangan hidup akan berlainan. Dan hal itu akan lebih memudahkan dan menghampirkan kita kepada mencapai matlamat untuk memperolehi ramahtangga dan keluarga tasawuf dan perjuangan.

 

Itu sekiranya dapatlah. Sekiranya tak dapat? Tak mengapa. Jika faktor2 yang lain menjadi penyebab utama, tetap bagus. Berkahwin kerana cinta yang jadi faktor teratas? Bagus. Berumahtangga kerana mahu memelihara diri daripada hal2 yang tak baik sebagai faktor utama? Sangat bagus. Bernikah kerana sudah sampai usia yang sesuai dan ada mampu? Sangat bagus.

 

Cuma di sini, topik atau tema kita adalah merancang untuk membina rumahtangga tasawuf dan rumahtangga perjuangan agama. Dalam ilmu dan amal tasawuf sufi tariqah, kita ditarbiyah supaya berusaha (kalau tak dapat, tak mengapa) mendahulukan Allah lebih daripada selain Dia, mengagungkan Allah lebih daripada selain Dia, mematlamatkan Allah lebih daripada selain Dia, mengutamakan Allah lebih daripada selain Dia. Begitulah dalam apa jua urusan pun, termasuklah dalam mendirikan rumahtangga.

 

Macam yang kita beritahu tadi, nak memaham kalimah “kerana Allah yang menjadi faktor teratas” itu agak sukar untuk dicapai pemahamannya oleh kebanyakan orang, maka kita rendahkan jadi “kerana agama yang menjadi faktor teratas”. Sesungguhnya kejayaan manusia adalah dalam agama.

 

Maka, apa juga perkara dan urusan kita, seboleh2nya, biarlah “kerana agama yang menjadi faktor teratasnya”. Jika dapat. Jika tak dapat, tak mengapa. Tidak menjadi kesalahan pun.

 

Jadi, jika orang bertanya : “Kahwin dulu sebab apa?”

Orang2 yang sedemikian boleh menjawab (contohnya) : “Ada banyak sebab le. Tapi penyebab utama tu memang betul2 untuk Allah, untuk agama. Sebab2 lain tu adalah sebab2 sampingan.”

 

 

 

…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25

No comments: