Tuesday, November 25, 2025

Pengalaman Syarahkan Kitab Nikah dalam Ihya

 

Pengalaman mengajar Kitab Adab Pernikahan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin - saya sudah syarahkan sepenuhnya dan khatam lebih kurang 7 tahun yang lalu.

 

Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini kitab induk. Di dalamnya ada 40 kitab. Bukan 40 bab, tapi 40 kitab. Salah satu daripada kitab di dalam Ihya’ ini namanya Kitab Adab Pernikahan. Isi kandungannya cerita tentang perjalanan hendak mendirikan rumahtangga sampailah berumahtangga. Kitab ini sudah sahaya syarahkan sehingga khatam lebih kurang 7 tahun yang lalu. Rakamannya semua ada di yu ti yub.

 

Antara budak2 (pangkat anak2) yang meminta kuliah khas ini ada yang sudah menonton atau mendengar keseluruhan syarahan Kitab Perkahwinan tersebut. Tapi di sana tidak ada cerita lanjut tentang nak membina rumahtangga/ keluarga tasawuf DAN perjuangan. Sebab itulah kita adakan kuliah khas ini.

 

Saya pun tidak bercadang untuk mengulang syarah penuh Kitab Adab Perkahwinan itu lagi. Sekiranya berlaku pun suatu hari nanti, mungkin sekadar syarahan ringkas untuk melengkapkan pengajian2 yang tertangguh bagi Masjid Saiyidina Abu Bakar Ipoh, Surau Sg Kerang dan Surau Sg Baru di Trong. Wallahua’lam.

 

Memanglah semua masalah dalam dunia ini termasuklah dalam rumahtangga puncanya ialah sifat2 mazmumah, kecuali hal2 yang bersifat semulajadi atau bencana. Sifat mahmudah dan mazmumah ini berkaitan soal hati. Soal hati pula terletak dalam ilmu al-ihsan, iaitu ilmu tasawuf.

Masalah2 itu datang kalau bukan kerana mazmumah kita sendiri atau pasangan, mazmumah itu datang daripada orang2 selain kita tetapi kena pada kita dan isi keluarga kita. Sebab itulah kita kena ada ilmu soal hati, iaitu ilmu al-ihsan atau tasawuf ini.

 

…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25

No comments: