Sunday, November 23, 2025

Air Murni dari Kolam Hati

 

Berkata al-Imam al-Ghazali : “Hati itu seumpama kolam, ilmu itu seumpama air, dan pancaindera yang lima itu seumpama sungai.”

 

Qalbu kita ibarat sebuah kolam. Ilmu itu ibarat air. Pancaindera kita yang lima itu ibarat lima batang sungai.

 

Lima sungai ini mengalirkan airnya masuk ke dalam kolam besar tadi. Maksudnya ilmu atau maklumat mengalir masuk ke dalam kolam hati kita melalui sungai penglihatan, sungai pendengaran, sungai penghiduan, sungai perasaan, dan sungai penjamahan. Dari 5 sungai inilah terbentuknya ilmu di dalam qalbu kita.

 

Ada orang yang rosak matanya, maka tertutuplah ilmu2 melalui sungai mata. Ada orang rosak telinganya, maka tertutuplah ilmu2 melalui sungai telinga.

Ada orang yang rosak deria baunya, maka tertutuplah ilmu2 melalui sungai hidung.

Ada orang yang rosak deria rasanya, maka tertutuplah ilmu2 melalui sungai lidah.

Ada orang yang rosak deria jamahnya, maka tertutuplah ilmu2 melalui sungai luaran jasad (kulit dsb).

 

Namun kita kena sedar, bahawa bukan semua kolam mengharapkan air daripada sungai2 pancaindera. Jadi, dari mana pulak datang air kolam tu? Dari  air yang di bawah bumi. Inilah yang nak ditamsilkan/ diibaratkan dengan ilmu terus daripada Allah yakni ilmu yang diperolehi tanpa belajar.

 

Kata Imam al-Ghazali : “Bagaimana ilmu itu terpancar dari qalbu itu sendiri sedangkan qalbu itu kosong daripada ilmu?”

Kata beliau lagi: “Ketahuilah kiranya, bahawa hal ini termasuk sebahagian daripada keajaiban rahsia qalbu.” Sesuailah dengan tajuk kitab ke-21 ini iaitu Kitab Kejaiban Qalbu.

 

Keajaiban qalbu dan rahsia jantung hati ini secara khususnya berada dalam wilayah tungku al-ihsan, iaitu ilmu tasawuf, ilmu sufi, ilmu tarekat. Umumnya ia tidak berada dalam tungku al-iman, al-islam dan as-sa’ah.

Tak mau belajar ilmu tasawuf, tapi nak cari ilmu soal hati dalam tungku al-islam (fekah), tak jumpa.

Tak mau belajar ilmu tasawuf, tapi nak cari ilmu soal hati dalam tungku al-iman (aqiah), tak jumpa.

Tak mau belajar ilmu tasawuf, tapi nak cari ilmu soal hati dalam tungku as-sa’ah, tak jumpa.

 

Al-Imam al-Ghazali mengatakan: “Lalu terpancarlah air dari bawah kolam itu. Air itu lebih jernih dan berterusan. Bahkan kadang2 melimpah2 dan lebih banyak.”

 

Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-297 pada 15/11/25

No comments: