ORANG2 YANG SEBENAR2 MUFLIS (BANGKRUP)
Rasulullah SAW bersabda : “Adakah kamu tahu siapakah orang yang muflis (bankrup) itu?”
Kami (para sahabat) menjawab : “Orang yang muflis itu menurut kami wahai Rasulullah ialah sesiapa yang tidak mempunyai dirham, dinar dan harta benda.”
Nabi saw menjawab : “(Sebenarnya) orang muflis dalam kalangan umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Qiamat dengan (membawa amal2nya seperti) solatnya, puasanya dan zakatnya, ia datang tetapi (di dunia dahulu semasa hidupnya orang itu) telah memaki seseorang, telah menuduh berzina seseorang, telah memakan harta seseorang, telah menumpahkan darah seseorang, telah memukul seseorang. Maka, diberikan kepada orang itu kebaikannya dan kepada orang itu pula kebaikannya (yakni kebaikan atau pahalanya diberikan kepada orang2 yang pernah dianiayanya). Dan jika sudah habis semua pahalanya sebelum selesai yang sepatutnya (pahalanya sudah habis diberi kepada orang2 yang dianiyanya tetapi masih belum cukup juga), nescaya diambil pula kesalahan-kesalahan mereka (dosa2 orang yang dianiayanya) itu lalu dilemparkan (dberikan) kepadanya. Selepas itu, ia pun dilemparkan ke dalam naar.” (Muslim, Turmizi, Ahmad)
Jadi, sepanjang hidup kita di dunia ini, jangan pernah menindas orang, dengki kepada ornag, menzalimi orang, memfitnah orang, mengenakan orang, menyakiti orang dan sebagainya. Nanti di akhirat habis kita punya kebaikan/ pahala diambil sebagai ganti, dan mungkin digantikan pula dengan dosa2 orang lain untuk kita tanggung. (Menyokong orang2 sebgitu pun jangan sama sekali).
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 20 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada ktab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Ilmu dan Rahsia Kematian oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment