Apakah kitab yang ke-20 dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini? Itulah kitab tentang Nabi Muhammad saw. Sahaya sudah pernah mendaurahkan kitab ini, dan pernah juga membuat syarahan ringkas tentangnya.
Apakah kitab yang ke-21? Itulah kitab sedang kita lalui sekarang iaitu tentang keajaiban qalbu atau keajaiban hati.
Inilah dua kitab yang berada betuuul2 terletak di tengah2 kitab induk Ihya’. Biasanya (bukan semestinya) yang di tengah2 itu apa? Ada orang kata hati (qalbu), ada orang kata pusat, ada orang kata puncak. Jadi, apakah hati atau jantung kitab Ihya’? Apakah pusat kitab Ihya’? Apakah puncak kitab Ihya’? Itulah cerita tentang Nabi Muhammad saw. Dan lebih halus atau lebih mendalam lagi, cerita tentang qalbunya Nabi Muhammad (hatinya Nabi Muhammad).
Sebab itulah selalu kita ulang2 akan kata2 – Sekiranya mukjizat terutama bagi Rasulullah saw ialah kitab suci Al-Quran, maka umumnya karamah terbesar bagi Imam al-Ghazali ialah kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Jika kitab Al-Quran ini kitab soal hati yang terutama, maka kitab Ihya’ ini pula adalah kitab HURAIAN SOAL HATI yang paling besar dalam agama. Bahkan kitab Ihya’ ini sebenarnya membawa kita mengenal bagaimana hatinya Nabi. Nak tahu bagaimana qalbunya nabi secara lebih mendalam, kitab Ihya’lah tempatnya.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-297 pada 15/11/25
No comments:
Post a Comment