Sunday, November 23, 2025

Khatam Sudah Pengajian 40 Malam

 

Pengajian kita ni bermula pada  18/7/25 dan selesai sepenuhnya pada malam ini 12/11/25. Hampir 4 bulan masanya untuk mendapatkan 40 malam itu. Kita hendak buat 40 malam secara berterusan, tidaklah mampu.

 

Kita buat pengajian 40 malam ini secara percuma. Tiada sebarang kutipan, yuran, sumbangan, saguhati, paparan nombor akaun, atau yang lain2. Semua itu tiada salah, boleh sahaja, cuma kita tidak buat. Kita sentuh semua 40 kitab dalam kitab induk Ihya’. Setiap sesi antara 15 minit ke 35 minit. Jika kita buat seminggu sekali, hampir setahun baru habis.

 

4 bulan atau 40 malam tu sebenarnya lama, banyak pengorbanan yang kita kena buat. Jika kita hendak minta orang lain ajarkan ringkasan kitab Ihya’ kepada kita, 40 malam pula - susah hendak dapat.

 

-          Catatan Nota daripada Majlis Khatam Pengajian 40 Malam (Petikan, Ringkasan & Rumusan Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin)

No comments: