BAHAYA NAFSU PERUTMU
Pembinasa yang paling besar bagi anak Adam (manusia) ialah keinginan perut (nafsu makan minum). Disebabkan oleh hawa nafsu perut inilah Nabi Adam AS dan Hawa dikeluarkan dari jannah ke dunia ini. Mereka dilarang memakan buah larangan tetapi kedua-duanya dikalahkan oleh nafsunya sehingga dimakan oleh mereka. Maka, terbukalah aurat mereka.
Disebabkan hendak mengisi perut, selesakan perut dan puaskan perut (diri sendiri dan orang2 yang dikasihi), banyak manusia terlorong untuk melakukan hal2 yang salah – berdengki2an, menipu, rasuah, khianat, menindas, menzalimi, mendiskriminasi dsb. Oleh kerana umumnya pada zaman sekarang hendak mengisi perut ini perantaraannya ialah wang (tunai atau maya), harta benda dan kemudahan2, maka orang2 yang pada asalnya baik pun banyak yang melakukan hal2 yang salah tadi.
Sebenarnya perut itu sumber bagi segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya penyakit dan bahaya. Hal ini kerana syahwat perut itu diikuti kemudiannya oleh syahwat kemaluan. Keinginan kepada makanan dan persetubuhan itu diikuti pula oleh keinginan kepada kemegahan dan harta. Kemudian, harta dan kemegahan itu pula menjadi punca kepada pelbagai jenis perebutan, kedengkian dan permusuhan. Banyaklah hal-hal negatif yang timbul kemudiannya.
Pendek kata, banyak hal dan perlakuan yang tidak baik dan berbahaya berpunca daripada nafsu perut.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 22 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada ktab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Nafsu Perut & Syahwat oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment