Pengajian kitab Ihya’ ini memang susah nak dapat. Jika ada pun, yang selalu kita jumpa :
- Pengajar itu sendiri belum pernah berguru sampai khatam kitab Ihya’. Bukan tak sesuai mengajar, tapi sekiranya dia sudah pernah berguru sampai khatam, lagilah baik.
- Pengajar itu tidak ada sanad kitab Ihya’ sebab tok guru dia pun tak ada sanad itu. Bukan tak boleh mengajar, tapi sekiranya ada, lagilah baik.
- Ada pengajar yang mengaku punyai sanad, tapi setelah diselidiki, sanadnya terputus. Bukan tak boleh mengajar, tapi kalau ada, lagilah baik.
- Pengajar itu sendiri tidak bertarekat Ghazaliyah (atau sekurang2nya ada ilmu tentang isi kandungan tariqah Imam al-Ghazali ini walaupun dia tidak bertarekat Ghazaliyah). Jadi dari mana dia hendak keluarkan ilmu2 lanjutan, yang halus2 dan pengkayaan? Semua itu tidak boleh hendak direka2 atau diubahsuai sendiri. Maka banyaklah hal2 penting yang tidak tersentuh. Bukan tak sesuai mengajar, tapi sekiranya ada, lagilah baik.
- Pengajar itu tidak diamanahkan pun, ertinya tak disahkan pun oleh gurunya untuk mentarbiyah isi kandungan kitab Ihya’. Bukan tak boleh mengajar jika memang layak ilmunya, tapi sekiranya ada, lagilah baik.
- Ada pengajar yang kuliahnya lebih kepada kuliah menterjemahkan kitab Ihya/ dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Bukannya kuliah mengeluarkan ilmu2 yang mendalam daripada kitab Ihya’ itu sendiri. Maka jadilah sekadar kuliah terjemahan.
- Ada pengajar yang syarahkan kitab Ihya; tapi akhirnya jadi syarahan ringkasan kitab Ihya’. Contoh : sahaya pernah syarahkan Kitab Ilmu lebih 80 kali kuliah. Itu pun berasa macam nak kena tambah 4-5 kuliah lagi. Tapi pengajar itu syarahkan Kitab Ilmu tak sampai 30 kali kuliah. Sudahlah tidak sampai 30 kali kuliah, hampir 1/3 daripada masa syarahannya itu adalah menterjemah dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Maka, bila masa nak dikeluarkan ilmu2 penting dan halus? Akhirnya jadilah pengajian ringkasan kitab Ihya’ sahaja. Bukan tak sesuai mengajar, tapi sekiranya ada ilmu dan buat lebih, lagilah baik.
Kitab2 Imam al-Ghazali yang sahaya syarahkan, ada syarat2 yang ketat, khususnya untuk diri sahayalah. Guru mursyid sahaya dulu pun macam itu juga. Kami hanya akan ajarkan kitab2 al-Imam al-Ghazali yang kami pernah belajar sehingga khatam dengan tok guru, dan tok guru suruh kami ajarkan kitab itu. Ertinya tok guru beri amanah sekaligus sebagai pengesahan yang kami layak menyampaikan isi kandungannya.
Yang sahaya tidak pernah belajar, seboleh2nya sahaya akan elak daripada menyentuhnya melainkan ada kepentingan2 tertentu. Yang tok guru tidak amanahkan ajar, sahaya akan usaha elak ajar. Sebab itulah apabila orang minta sahaya syarahkan kitab Minhaj al-‘Abidin, Bidayatul Hidayah, Nasihah al-Muluk dsb - saya menolak. Padahal isi kandungan kitab2 itu mudah sahaja. Jika hendak dibandingkan dengan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, kitab Misykatul Anwar, Risalah Laduniyah dll, banyak mudahnya dan ringan sahaja. Tapi sahaya akan usaha tolak.
Macam kitab Kimiya’ us-Sa’adah, mursyid sahaya iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali tarbiyahkan 4 bab utama sahaja. Maka seboleh2nya saya tarbiyahkan pun 4 bab itu sahajalah.
- Catatan Nota daripada Majlis Khatam Pengajian 40 Malam (Petikan, Ringkasan & Rumusan Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin)
No comments:
Post a Comment