PERBEZAAN ANTARA SYUKUR DAN KUFUR
Berbuat syukur dan meninggalkan kufur itu tidak akan sempurna melainkan dengan mengetahui apa yang disukai oleh Allah dan apa yang tidak disukai-Nya. Hal ini kerana pengertian syukur itu ialah menggunakan nikmat-nikmat Allah sesuai dengan tempat-tempatnya, iaitu pada keadaan yang Allah sukai atau kasihi. Manakala pengertian kufur itu pula ialah menggunakan nikmat-nikmat Allah bukan pada tempatnya, iaitu keadaan yang tidak disukai oleh Allah.
Maka kita kena tahu apa yang Allah suka dan apa yang Allah tidak suka. Atau apa yang agama suka dan apa yang agama tak suka.
Contohnya, kita ada nikmat yang dikurniakan oleh Allah berupa anggota badan, lalu kita rajin berusaha – itu (termasuk) syukur. Jika kita ada anggota badan tetapi pemalas – itu (termasuk) kufur. (Syukur nikmat vs kufur nikmat)
Kita ada nikmat akal, lalu kita fikir yang baik2 – itulah syukur. Kita ada nikmat akal tapi kita fikir hal2 yang tidak baik – itulah kufur.
Kita ada nikmat hati (qalbu), lalu kita tolak hal2 yang salah walaupun majoriri orang buat – itulah syukur. Jika seblaiknya – itulah kufur.
Allah beri kepada kita nikmat kuasa, pangkat, jawatan, pengaruh, kedudukan dsb, lalu kita perjuangkan kebenaran – itu termasuk syukur nikmat. Tapi kalau kita berdiam, membiarkan atau menyokong – itu termasuk kufur nikmat.
Untuk membezakan mana yang disukai Allah dan mana yang tidak, kita berpandukan Al-Quran dan hadith, juga dengan pertimbangan penglihatan mata hati.
Contohnya, sesiapa yang memandang kepada yang haram dipandang, ertinya dia sudah mengkufuri nikmat mata dan nikmat matahari (cahaya). Hal ini kerana memandang itu mestilah dengan menggunakan kedua-dua nikmat tersebut.
Sesiapa yang suka memandang kepada hal-hal yang bermanfaat bagi akhirat dan dunia, maka perbuatannya termasuk syukur.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 25 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Sabar, Syukur, Nikmat & Kufur, oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment