Sunday, November 23, 2025

Kitab Ihya Bawa KIta ke Mana?

 

Kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri daripada 40 KITAB di dalamnya, bukan 40 bab. Jadi ia satu kitab besar atau kitab induk/ ibu. Apabila kita buatkan ringkasannya, maka kita kecilkan jadi 40 BAB sahaja.

 

Kitab Ihya’ ini termasuklah syarahan ringkasannya ini sebenarnya hendak membawa kita ke mana?

 

Hendak membawa kita agar dapat mengenal diri, mengenal Allah, mengenal dunia, mengenal akhirat, mengenal syaitan, mengenal malaikat, mengenal yang benar, mengenal yang salah.

 

Kitab Ihya’ ini juga hendak membawa kita kepada mencintai Allah, mencintai Kitabullah, mencintai Rasulullah, mencintai as-sunnah, mencintai diri, mencintai ummah, mencintai ‘ibadah, mencintai dakwah. Itulah matlamat2nya.

 

Dapat atau tidak dapat, berjaya atau tidak berjaya, hal itu banyak bergantung kepada tindakan kita. Lemah tindakan, sedikitlah yang dapat. Kuat tindakan, banyaklah yang dapat. Sedikit berkorban, kecillah ganjaran. Kuat berkorban, besarlah habuan. Begitulah secara umumnya.

 

-          Catatan Nota daripada Majlis Khatam Pengajian 40 Malam (Petikan, Ringkasan & Rumusan Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin)

No comments: