Monday, November 24, 2025

Antara Air Banjir Zaman Nabi Nuh

 

Imam al-Ghazali menulis : “Lalu terpancarlah air dari bawah kolam itu. Air itu lebih jernih dan berterusan. Bahkan kadang2 melimpah2 dan lebih banyak.”

 

Beberapa bulan lepas kita ada buat Google Meet : Sejarah Kiai Salleh al-Ghazali dan Tuan Guru Abdullah Khandak al-Ghazali. Dalam kuliah itu, ada sahaya sentuh sikit ilmu alam Imam al-Ghazali, dan antara yang disentuh adalah tentang banjir besar zaman Nabi Nuh as.

 

Macam mana banjir sedemikian besar boleh berlaku? Sebab bertemunya air berterusan yang turun dari langit dengan air yang keluar berterusan dari dalam perut bumi. Selepas banjir itu, air yang dari dalam perut bumi menghilang. Hilang begitu sahajakah? Tidak. Di bawah bumi kita ini ada baaanyak lagi air. Jika keluar yang itu, campur dengan hujan lebat dari langit, masih boleh berlaku banjir.

 

Sampai sekarang pun masih ada tempat2 yang orang tua2 dulu2 bagitau supaya jangan kacau. Jika tertebuk mana2 tempat sensitif tersebut, satu bandar boleh banjir hasil air dari dalam bumi sahaja. Ada jalan2 air di bawah muka bumi kita ini.

 

Timbul persoalan – jika sebahagian daripada air banjir besar zaman Nabi Nuh itu kembali ke dalam bumi, di mana ia bertempat? Macam mana pada zaman itu air yang jumlahnya cukup2 berada di dalam bumi, tiba2 melimpah keluar ke atas hinggakan melimpah-ruah?

 

Dalam ilmu alam Imam al-Ghazali, ada saranan2 kajian (bukan keputusan). Antaranya, tidak mustahil pada asalnya air yang di dalam bumi itu bukan dalam bentuk air murni atau air tulen, tetapi dalam rupa yang lain. Sebab itu ia cukup2 bertempat di dalam bumi. Boleh jadi ia dalam bentuk batu, atau logam, atau mineral2 tertentu, atau cecair2 yang lebih padat, atau apa2lah yang Allah sahalah Yang Maha Tahu. Cuma ia dalam bentuk yang kompak (padat). Dengan kehendak Allah, pada zaman itu, bahan ini terubah bentuk lalu ia mengembang menjadi cecair (air).

 

Contoh mudah (contoh rekaan) : Katakanlah benda ini dalam bentuk asalnya iaitu sejenis mineral, ia hanya sebesar ibu jari. Tapi apabila ia terubah bentuk menjadi cecair, penuh satu cawan. Maksudnya ia berkembang berkali2 ganda daripada saiz asal dia. Itu satu saranan kajian.

 

Dan boleh jadi juga, ia memang dalam rupa air, tetapi benda2 lain di dalam perut bumi itu yang terubah bentuk dan mengembang, lalu menolak air tulen ini naik ke permukaan bumi. Wallahua’lam.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-297 pada 15/11/25

No comments: