Saturday, November 1, 2025

Keutamaan Jika Engkau Sabar

 

KEUTAMAAN SIFAT SABAR

 

Allah SWT berfirman : “Dan akan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu balasan menurut yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya.” (An-Nahl : 96)

 

Allah Taala berfirman : “Kepada orang-orang itu diberikan balasan dua kali ganda disebabkan kesabaran mereka.” (Al-Qasas : 54)

 

Allah ‘Aza wa Jalla berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu akan disempurnakan pahalanya dengan tiada terhitung (tiada batasan).” (Az-Zumar : 10)

 

Allah berfirman : “Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar.” (Al-Anfal : 46)

 

Allah Taala berfirman : “Bahkan jika kamu bersabar dan memelihara diri sedangkan mereka datang (menyerang) kamu dengan cepatnya, Rabb kamu akan membantu kamu dengan 5,000 malaikat yang membinasakan.” (Ali ‘Imran : 125)

 

Saiyidina Ali ra berkata : “Iman itu dibangunkan atas 4 tiang iaitu yaqin, sabar, jihad dan adil.”

 

Berkata Saiyidina Ali ra : “Sabar itu bagi iman adalah seperti kedudukan kepala bagi tubuh badan. Tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kepala, dan tidak ada iman bagi orang yang tidak mempunyai kesabaran.”

 

-          Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 25 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Sabar, Syukur, Nikmat & Kufur, oleh Paklong Abu Zulfiqar

No comments: