Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini sudah berlangsung selama 15 tahun, bermula pada tahun 2011 di Surau An-Nur, Trong, Perak sampailah sekarang. Malam ini kuliah kita merupakan kuliah kali ke-297 bagi Surau An-Nur. Banyak pelajaran dan kenangan kita sepanjang 297 kali kuliah ini. Dengan izin Allah SWT, kesemua 297 kali kuliah ini ada rakamannya di yo u tu be. Ada yang dalam bentuk video dan ada yang dalam bentuk audio sahaja. Maka belum terlambat untuk tuan2 mengikuti semula kesemua pengajian2 sebelum ini. Tak ada kuliah yang terlepas. Semua kita boleh dapatkan semula walaupun sudah 15 tahun.
Setakat ini, isi kandungan pengajian kita ini masih terpelihara kerana ada belaka rakamannya. Orang2 yang baru mengikuti pengajian walaupun malam ini (tahun ke-15) merupakan pengajian kali pertama untuk dirinya, tapi tetap masih boleh mengikuti 296 kuliah sebelum ini. Insya-Allah tuan2 belum tertinggal walau satu kuliah. Cuma kena ada usaha dan pengorbananlah. Kena mujahadah. Kalau setiap hari tonton/dengar 1 pengajian, dekat setahun juga baru habis.
Ada pengajian2 lain yang dah berlangsung 3-4 tahun. Pada tahun keempat baru kita menyertainya. Tetapi kuliah yang 3 tahun sebelum tu kita tak dapat ulangannya dah kerana tidak ada rakamannya. Terlepas terus.
Sebagaimana yang kita maklumi, bahawa kitab induk Ihya Ulumuddin ini adalah himpunan 40 kitab karangan IG. Bukan 40 bab, tapi 40 kitab di dalamnya. Insya-Allah malam ini kita akan meneruskan syarahan kitab yang ke-21 iaitu Kitab Kejaiban Qalbu atau Keajaiban Hati. Syarahan Kitab Kejaiban Qalbu ini sudah sampai siri yang ke-19.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-297 pada 15/11/25
No comments:
Post a Comment