Monday, November 24, 2025

Asal Kuliah Khas Rumahtangga Tasawuf

 

Bagaimana idea untuk melangsungkan kuliah khas ini boleh timbul?

Lebih kurang pada awal bulan Julai lalu, ada permintaan daripada beberapa orang muda, pelajar dan pengamal tasawuf, yang bersemangat untuk memperjuangkan agama dan ummah, belum berumahtangga dan mahu berumahtangga suatu hari nanti, yang agak2 usia mereka pada awal atau pertengahan 20-an – meminta dibuatkan satu kuliah khas tentang usaha2 untuk mendirikan rumahtangga dan membina keluarga tasawuf & perjuangan. Perjuangan yang dimaksudkan bukanlah untuk diri sendiri dan keluarga sendiri sahaja, tetapi dalam konteks yang lebih besar iaitu untuk orang2 selain diri sendiri dan keluarga sendiri, iaitu untuk ummah.

 

Dalam tarbiyah tasawuf sufi pada peringkat yang lebih tinggi, antara capaian yang kita mahu capai – berjaya memandang diri sendiri dan diri2 yang lain sebagai satu diri. Selagi kita masih memandang bahawa diri itu ialah diri sendiri sahaja, ertinya masih belum tinggi manalah pendakiannya.

 

Tamsilannya, ibarat setitik air laut dengan seluruh laut. Setitik air laut tadi sedang berusaha untuk mengenal diri lalu ia menyangkakan bahawa diri itu ialah dirinya sendiri sahaja, iaitu air laut yang setitik itu sahaja. Padahal seluruh titik2 air laut dan seluruh laut itu satu diri.

 

Jadi, kita sebagai manusia, kita usahakan untuk diri dan untuk diri2 yang lain juga, kerana sebenarnya semua itu adalah satu diri. Apabila kita berjuang untuk ummah dengan cara yang benar, maka sebenarnya kita sedang berjuang untuk diri kita juga dan untuk orang2 yang dekat dengan kita juga. Apabila dikatakan kita ini satu umat, maksudnya kita semua ini satu diri. Tuan2 bolehlah meneliti tafsiran2 perkataan “umat” oleh Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, dan tafakkurkan. Insya-Allah ketemu.

 

Sambung balik – Jadi budak2 ni mohon saya buat satu kuliah khas untuk mereka sekurang2nya dalam bentuk rakaman audio, mengikut kelapangan saya, sejak awal bulan 7 dulu. Dah hampir 5 bulan, barulah dapat direalisasikan. Lepas tu rakaman tu upload di medsos untuk mereka ambil manfaat. Cadangan awalnya nak buat macam itulah.

 

Tapi memandangkan channel TG kita iaitu Ilmu2 Imam Al-Ghazali agak aktif dengan kuliah2 live streaming yang kita buat sejak bulan 7 lalu, maka saya fikir lebih baiklah kita buat secara live streaming juga sambil2 kita rakam. Kebetulan kita dah ada kemudahan, kita guna je lah. Tak kesahlah walaupun yang join live steraming tu nanti sekadar 2-3 orang. Bersama2 saya secara berhadapan di sini pun ada 4 orang. Yang lebih penting adalah rakaman audio tu tadi. Begitulah al-kisahnya.

 

…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25

 

No comments: