JALAN MELATIH DIRI MELAWAN NAFSU MAKAN
Berusahalah mencari makanan yang halal sahaja. Cubalah elakkan makanan yang syubhat, dan elakkan sepenuhnya makanan yang tidak halal. Apabila kita berjaya menolak makanan yang haram dan yang syubhat, maka pilihan makanan kita akan menjadi agak sedikit terbatas. Maka kuranglah sedikit untuk kita melayan nafsu merasa itu dan ini. Jika tidak, kita akan punya sangat banyak pilihan dan kita pun akan jadi rambang mata, lalu kita akan lebih banyak makan minum.
Salah satu hikmah Allah syaratkan makanan dan minuman kita itu halalan tayyiban adalah supaya umat Islam terdidik nafsu perut mereka.
Kurangkan waktu makan. Contohnya, jika dalam sehari biasanya kita makan berat sampai 3 kali, secara beransur-ansur jadikan 1 atau 2 kali sahaja.
Kurangkan kepelbagaian lauk-pauk. Jangan selalu makan yang lazat-lazat. Hal ini dapat mengawal sedikit selera makan kita.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 22 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada ktab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Nafsu Perut & Syahwat oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment