Dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini, al-Imam al-Ghazali menyatakan 8 faktor yang perlu diambil kira dalam memilih isteri. Sekiranya dapat (jika tak dapat, tak mengapa. Bukannya jika tak dapat tu, jangan menikah) :
1. Berusahalah mencari wanita yang solehah. Nak jadi solehah ni ertinya dia dah ada sedikit sebanyak dan mencukupi (memadai) pengetahuan dan pengamalan agama, serta kesediaan untuk terus hidup dalam suaana keagamaan. Jika dia sudah siap2 solehah, lebih mudah. Sebab lepas berkahwin, kita nak bergerak terus dah. Bukan baru nak membina solehah. Kalau menambah solehah, tak mengapa, itu sangat bagus. Itu sekiranya dapatlah. Jika tak dapat, tak mengapa.
Kita nak wanita yang siap2 dah solehah, tetapi yang lelakinya dah siap2 soleh ke tidak? Kenalah usaha seimbangkan, kenalah sekufu juga dari sudut itu. Itu sekiranya dapat. Jika tak dapat, tak mengapa. Macam kita cakap sebelum ini, bukan semua matlamat yang kita nak tu, kita berjaya dapat, melainkanhanya sebahagian sahaja yang kita akan dapat.
Namun dalam usaha nak membina rumahtangga dan keluarga tasawuf & perjuangan, kesolehan ini memang kena dititikberatkan. Jika tidak, perancangan dan usaha kita akan banyak terganggu, akan lambat, banyak masalah, dan mungkin akan tak dapat pun rumahtangga asawuf & perjuangan agama itu.
2. Berusahalah mencari wanita yang baik budi pekertinya – Maksudnya wanita itu memang sebelum kahwin lagi sudah terbiasa cakap yang baik2, terbiasa buat yang baik2, tingkah lakunya baik2, beradab sopan dan seumpamanya yang baik2. Dalam lain perkataan – wanita itu memang jenis yang mahmudah kata2 yang keluar dari mulutnya, dan mahmudah perbuatan2 anggota badan dan raut wajahnya. Sekiranya dapatlah. Jika tak dapat, tak mengapa.
Sama juga – lelaki nak calon isteri yang mahmudah cakap2nya dan mahmudah perbuatan, pergerakan dan tindakannya, yang calon suami itu sendiri mahmudah ke tidak akan kata2 dan perbuatan2nya? Jangan sibuk menilai calon isteri tapi terlupa hendak menilai diri sendiri.
Namun dalam usaha nak membina rumahtangga dan keluarga tasawuf & perjuangan, kemahmudahan akhlak, kemahmudahan kata2 dan kemahmudahan tingkah laku ini memang kena dititikberatkan. Jika tidak, perancangan dan usaha kita akan banyak terganggu, akan lambat, banyak masalah, dan mungkin akan tak dapat pun mencapai impian membina keluarga tasawuf & perjuangan agama.
3. Carilah wanita yang ada cantiknya. Hal ini memang nabi pesan pun. Nabi galakkan lihat terlebih dahulu calon isteri dan hal ini adalah sunat. Lihat apanya? Lihat wajah dan tangannya. Melihat wanita yang mahu dipinang itu untuk dapat maklumat tentang apa?
Berkata al-Imam al-Ghazali dalam Ihya’ : “Dan sebagaimana yang dimaklumi, bahawa dengan melihat (wanita yang hendak dipinang itu) tidak akan dikenal (tak nampak) budi pekertinya, keagamaannya dan kekayaannya. Hanya diketahui kecantikan dan ketidakcantikannya sahaja.”
Maksudnya, melihat calon isteri (ketiak mahu meminang) itu lebih kepada hendak melihat kecantikannya, kerana boleh tengok wajah dan tapak tangan je pun. Pada wajah dan tangan ada petanda2 kepada kejelitaan dan kesihatan. Melihat wajah dan tangan itu tak nampak budi pekerti dia, tak nampak keagamaan dia, dan tak nampak kekayaan dia.
Disuruh lihat dan mencari cantik itu bukan bermaksud hanya mencari yang rupawan, yang jelitawan. Tapi untuk kebahagian kemudian hari, dalam erti kata calon suami itu ada tertarik kepada dia, tidak tertutup keinginan calon suami terhadap dia, tidak menghina atau merendah2kan dia oleh suami pada kemudian hari, sebagai salah satu kaedah agar tidak mendatangkan penyesalan kemudian hari, dan sebagainya.
Memang kadang2 ada wanita yang orang kata cantik, tetapi tidak datang minat kepada kita untuk menikahinya. Dan kadang2 ada wanita yang orang tak kata cantik, tapi kita suka untuk menikahinya. Sebab itulah sekurang2nya kena tengok lebih dahulu, agar tidak berlaku penyesalan dan masalah2 lain kemudian.
Ini kisah zaman dahululah. Zaman sekarang ni, calon isteri itu biasanya kita dah tahu dah rupa paras dia. Biasanya.
Kesimpulannya, berusaha mencari calon isteri yang ada cantiknya itu memang digalakkan. Yang salah adalah jika mencari kerana kecantikan semata2. Yang tak sesuainya adalah mengutamakan kecantikan berbanding keagamaan dan akhlak.
Maka, berusahalah cari wanita yang ada cantiknya. Jika tak berjaya dapat? Tak mengapa.
Selain itu, kita kena faham dan sedar, bahawa kecantikan keseluruhan bukan terletak pada rupa paras sahaja walaupun itu yang sangat penting. Kadang2 kecantikan atau daya penariknya itu ada pada suara dia, gaya cakap dia, gaya jalan dia, kelembutan dia, cara memandang, dsb.
Tak dilupa, kena beringat juga - nak cari isteri yang ada cantiknya, tapi yang lelaki sendiri ada usaha tak mencantikkan diri? Ada orang yang Allah jadikan semulajadi kacak. Ada orang yang dia tidak termasuk dalam kategori orang kacak. Lagu mana tu? Maka cantikkanlah air muka, cantikkanlah penampilan, cantikkanlah kekemasan diri dan kebersihan diri.
4. Carilah wanita yang ringan maharnya. Maksudnya tak melampau, bersesuaian, sepadan. Baik mahar, baik hantaran. Sekiranya dapat.
5. Carilah wanita yang berpotensi mudah beranak dan suka beranak. Maksudnya usahalah cari wanita yang sihat. Lihat wajah dan tangan boleh nampak juga sihat tak sihatnya. Bahkan ada ilmu orang dulu2 yang dapat menilai masalah2 kesihatan berdasarkan wajah dan tangan sahaja. Sebab itulah zaman salasussoleh dulu, tak mudah2 nak nampak wajah dan tangan. Sebab ada rahsia2 diri yang boleh ditaksirkan pada kedua2nya. Maka wanita2 mereka usaha sembunyikan. Nak tengok lama sikit, masa nak meminang tu lah.
Jadi, sebaik2nya usahalah mencari calon isteri yang sedang sihat dan berpotensi untuk sihat lama selepas hidup bersama nanti. Itu sekiranya dapat. Jika tak dapat, tak mengapa. Tambah2 zaman sekarang, nak cari orang2 yang sihat tak mudah juga.
Tidak kita lupakan – dalam nak mencari wanita yang sihat dan menyukai kanak2 (bersifat keibuan), yang lelaki juga mestilah berusaha sihat dan menyukai kanak2 (bersifat kebapaan).
Memang ada segelintir orang lelaki yang dia sangat pentingkan nak cari isteri yang solehah, yang mahmudah akhlak, perbuatan dan kata2, yang cantik, yang jaga kesihatan, menyukai kanak2, bersifat keibuan, tetapi… si lelaki itu sendiri tak pentingkan untuk jadi suami yang solehah, suami yang mahmudah akhlak, mahmudah perbuatan dan kata2, suami yang menjaga kesihatan, suami yang menjaga penampilan, suami yang menyukai anak2, yang bersifat kebapaan dll. Diri si suami sendiri tak soleh, akhlak tak mahmudah, kata2 yang keluar dari mulut tak mahmudah, kelakuan tak mahmudah, penampilan tak mahmudah, buat benda2 yang tak menyihatkan, tak suka kanak2… Jadi, kena adillah.
6. Sebaik2nya carilah wanita yang perawan (masih anak dara). Memang nabi suruh. Nabi sendiri isterinya janda belaka kecuali Saiyidatina A’isyah. Tapi baginda menggalakkan umatnya mengahwini perawan. Sama jugak – sekiranya dapat. Sekiranya tak dapat, tak mengapa. Kahwinlah.
7. Carilah wanita yang datang daripada keluarga atau keturunan yang umumnya diketahui orang baik2. Ertinya dia membesar dalam kalangan orang baik2. Sekiranya dapat. Jika tak dapat, tak mengapa.
8. Seboleh2nya bukan dari kerabat yang dekat. Ertinya nabi menggalakkan usaha cari wanita yang bukan daripada saudara-mara kita. Contohnya sepupu, anak kepada sepupu dsb yang dekat kekerabatannay dnegan kita. Carilah yang bukan saudara-mara atau yang jauh hubungannya – yang sekadar bau2 bacang contohnya. Sekiranya dapat. Jika tak dapat, kahwin je lah. Ok sahaja. Asalkan bukan mahram, boleh sahaja.
Berbalik kepada fokus dan tema kuliah khas kita yang diminta ini, daripada 8 ciri yang digariskan oleh al-Imam al-Ghazali ini, ciri2 yang manakah yang lebih penting untuk menjayakan terbinanya rumahtangga dan keluarga yang bersifat tasawuf dan perjuangan agama? Ciri yang pertama dan ciri yang kedua, iaitu pasangan yang soleh dan bagus akhlak, tutur kata serta tingkahlaku.
Seandainya tak ada, atau lemah ada kedua2 hal ini, maka pada adatnya usaha kita ke arah membina rumahtangga tasawuf & perjuangan agama akan jadi lambat, atau akan jadi sangat lambat, atau akan terhenti sekerat lalu tidak mendapat.
…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25
No comments:
Post a Comment