Huthaith Az-Zayyat dibawa menghadap Hajjaj.
Kata Hajjaj : “Apa pendapat engkau tentang diri aku?”
Huthaith menjawab : “Akan aku katakan bahawa menurut pandangan aku, engkau termasuk salah seorang daripada musuh Allah di muka bumi. Engkau binasakan segala kehormatan. Dan engkau membunuh atas dasar engkau mengesyaki semata-mata.”
Hajjaj bertanya lagi : “Apa kata engkau tentang Amirul Mu’minin Abdul Malik bin Marwan (khalifah ketika itu, iaitu ketua kepada Hajjaj)?”
Jawab Huthaith : “Akan aku katakan bahawa dosanya adalah lebih besar daripada engkau. Sesungguhnya engkau itu hanyalah salah satu daripada kesalahan-kesalahannya.”
Lalu Huthaith pun diseksa dengan seksaan yang berat sehingga pecah tulangnya dan dagingnya, tetapi dia langsung tidak berbunyi apa pun. Ketika Huthaith sudah di hujung nyawanya, Hajjaj perintahkan dia dilemparkan ke pasar.
Teman-teman Hutahith bertanya jika Huthaith punya sebarang permintaan. Dia hanya meminta seteguk air. Selepas itu, dia pun meninggal dunia.
Ketika peristiwa ini berlaku, Huthaith baru berusia 18 tahun.
- Nota daripada live streaming di channel Tg ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 24 Okt. Petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Tajuk : Amar Ma’ruf, Nahi Munkar, oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment