Perancangan selepas tamat Pengajian 40 Malam ini - saya tidak bercadang untuk mengulang balik pengajian ringkasan kitab Ihya’ ini. Jika banyak pelajaran yang kita ulang2, kita akan rugi masa kerana banyak lagi pelajaran2 akan datang yang tidak dapat kita tarbiyahkan. Sememangnya kerja2 yang hendak dibuat melebihi masa dan kesempatan yang kita ada.
Kitab ringkasan Ihya’ ini sudah saya syarahkan sebanyak 4 kali. Cukuplah tu. Sekiranya tuan2 hendakkan semula pelajaran ringkasan Ihya’ ini, mungkin kita boleh minta jasa baik2 pengajar2 yang ada – macam Tuan Abu Ihsan, Ustaz Dzul, Tuan Nazarul, Ummu Musfirah, Ustazah Muss, Tuan Afdhal – mengikut kesediaan dan kelapangan mereka. Tuan2 belajar dengan mereka dan khatam pula dengan mereka. Lagi mantap.
Pelajaran yang kita kena ulang2 adalah pengajian2 intensif. Itu pun sahaya sudah semakin hendak lepaskan kepada murid2 untuk menyampaikannya.
- Catatan Nota daripada Majlis Khatam Pengajian 40 Malam (Petikan, Ringkasan & Rumusan Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin)
No comments:
Post a Comment