Sunday, November 23, 2025

Pengalaman Belajar Kitab Ihya Ulumuddin

Sahaya bertalaqqi berhadapan dengan mursyid sahaya secara puratanya mungkin 300 hari dalam setahun. Itu pertemuan berkaitan hal ehwal tarbiyah, tidka termasuk pertemuan2 biasa, sembang2 kosong, makan durian, pergi kenduri dsb. Kadang2 dalam sehari ada dua kali pertemuan. Tetapi sekarang jika kita hendak buat pertemuan tarbiyah 300 kali dalam satu2 tahun, tidaklah dapat. Ahli keluarga saya sendiri pun mungkin lebih kurang 100 kali pertemuan sahaja setahun. Murid2 yang dekat pun, purata mungkin 10 kali sahaja setahun. Murid2 jauh, lagilah. Sebab itulah kita usaha buat live streaming.

 

Sahaya dulu menadah kitab Ihya’ sampai khatam semua 40 kitab, dengan syarahan yang mendalam bercampur syarahan yang sederhana, mengikut kesesuaian isi pelajaran. Tapi live streaming Pengajian 40 Malam kita ni sekadar syarahan ringkas sahaja.

 

Sahaya belajar kitab Ihya’ dulu memang secara talaqqi berhadapan – bukan secara jarak jauh atau menonton/ mendengar rakaman. Zaman itu umumnya belum ada internet kecuali di bandar2 besar. Tahun 1990-an lah katakan. Telefon bimbit pun kami belum ada. Waktu itu zaman telefon rumah atau public phone. Zaman sekarang kalau nak tunggu talaqqi berhadapan seluruh kitab Ihya’ dengan saya, susah untuk diadakan.

 

Sahaya belajar dulu dalam kumpulan kecil. Paling ramai 3 orang sahaja. Jadi, memang tok guru boleh fokus, kita pun boleh fokus, ada suasana bersuhbah, dan banyak syarahan yang mendalam. Ilmu2 lanjutan sebegitu kurang sesuai dikuliahkan dalam majlis yang ramai orang, puluh2, ratus2, atau ribu2 orang. Majlis beramai2 memang nampak gah nampak besar tapi kualitinya agak kurang.

 

Sahaya belajar memang dengan tok guru yang ada sanad kitab Ihya’ sampai kepada Imam al-Ghazali, bahkan beliau adalah mursyid dalam Tarekat Ghazaliyah ( tarekat yang diasaskan oleh IG sendiri). Jadi, walaupun tuan2 belajar dengan saya sekadar ringkasan kitab Ihya’, tapi ilmunya tetap bersanad sampai kepada al-Imam al-Ghazali juga (walaupun sekadar syarahan ringkas).

 

-          Catatan Nota daripada Majlis Khatam Pengajian 40 Malam (Petikan, Ringkasan & Rumusan Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin)


No comments: