Sunday, November 23, 2025

Pembahagian Waktu Malam

 

 

 

@ PEMBAHAGIAN WAKTU MALAM

 

Jenis-jenis pembahagian malam mengikut keadaan masing-masing.

 

Jenis pertama - Ada orang yang menghidupkan seluruh malam. Biasanya hal ini dilakukan oleh orang-orang yang sedang menumpukan usaha pada beribadah (‘abid). Ada yang mengerjakan solat Subuh dengan wudhuk solat Isya’. Menurut Abu Talib Al-Makki, dikhabarkan ada segelintir tabi’in yang biasa berbuat demikian.

 

Jenis kedua - Ada yang mula bangun pada ½ malam. Sangat banyak golongan Salaf yang melakukan sedemikian.

 

Jenis ketiga - Ada yang bangun pada 1/3 malam.

 

Jenis keempat – Ada yang bangun pada 1/6 atau 1/5 malam.

 

Jenis kelima – Ada yang tidak tetap waktu bangunnya.

 

Menurut Aisyah ra : “Nabi SAW bangun apabila dia mendengar kokok ayam.” (Bukhari, Muslim)

 

Jenis keenam – Ada yang bangun sekadar cukup masa untuk mengerjakan solat empat rakaat atau dua rakaat. Sekiranya ada kesukaran untuk bersuci, dia akan duduk menghadap qiblat walau sekejap untuk berzikir dan berdoa.

 

Jenis ketujuh – Sekiranya kita susah untuk bangun malam, sekurang-kurangnya kita mestilah menghidupkan antara Maghrib dan Isya’, dan selesaikan wirid selepas Isya’ lalu tidur. Kemudian bangunlah sebelum masuk waktu Subuh. Sekurang-kurangnya kita sudah pun menghidupkan dua tepi malam iaitu pada awal malam dan pada akhirnya.

 

-          Catatan live streaming Ilmu2 Imam al-Ghazali, Tertib Wirid & Waktu2nya, Paklong Abu Zulfiqar

No comments: