ADAB TIDUR
a Sangat digalakkan bersuci (berwudhuk) dan bersugi.
b Digalakkan menyediakan air untuk bersuci dan bersugi berhampiran tempat tidur agar mudah untuk bangun beribadah. Pada zaman sekarang lebih mudah kerana bilik air atau singki dekat dengan kita.
c Jika ada sebarang wasiat, eloklah dituliskan dan diletakkan berhampiran dengannya. Pada zaman sekarang adalah lebih mudah dengan majunya teknologi.
d Bertaubat sebelum lena. Berniat untuk buat yang baik-baik sahaja apabila terjaga.
e Tidak bermewah-mewah pada tempat tidur. Sederhanakan sahaja.
f Tidur apabila terasa mengantuk. Jangan dibuat-buat tidur untuk melamakan masa tidur, kecuali jika mahu bangun untuk beribadah ataupun urusan penting yang lain.
g Tidur dengan menghadap qiblat.
h Membaca doa, lafaz zikir dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur.
i Ingatlah bahawa tidur itu ibarat mati dan bangun nanti ibarat bangun pada hari kebangkitan.
j Berdoa dan berzikir ketika bangun.
- Catatan live streaming Ilmu2 Imam al-Ghazali, Tertib Wirid & Waktu2nya, Abu Zulfiqar al-Amsyari
No comments:
Post a Comment