Hendak merancang, berusaha dan menjayakan sebuah keluarga yang berwangian tasawuf DAN berhidangan perjuangan agama, tidaklah mudah tetapi memang boleh dicapai. Cuma anak2 muda ini kena rancang awal dan mula awal, bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu.
Al-ihsan, tasawuf, sufi, tariqah… semua ini berkait terus (bukan berkait rapat lagi malah bersekali) dengan mahmudah. Hendak membina rumahtangga dan keluarga yang mahmudah, maka kita sendiri mestilah mahmudah terlebih dahulu. Bahkan sepatutnya kitalah contoh yang mahmudah (uswatun hasanah, qudwah hasanah) buat ahli bait atau ahli rumah kita. Banyak orang inginkan rumahtangga, keluarga dan keturunan yang mahmudah, tetapi diri mereka sendiri tidak mahmudah. Tidak mahmudah dari segi jalan fikir, tidak mahmudah dari segi kata2 yang keluar dari mulut, tidak mahmudah dari segi perbuatan, tingkah laku dan tindakan, TETAPI berangan2 mahukan pasangan, rumahtangga, keluarga dan keturunan yang mahmudah.
Matlamat membina rumahtangga tasawuf & perjuangan agama ini sama ada berjaya atau tidak berjaya, banyak berjaya atau kurang berjaya, itu bahagian keputusan. Bahagian keputusan kita serah kepada Allah sepenuhnya 100%. Yang lebih penting adalah usaha kita, perancangan kita, tindakan kita, pembetulan kita, dan progres ke arah itu.
Kita berdoa dan sangat berharap agar Allah ‘Azza wa Jalla merezekikan kita sebuah rumahtangga tasawuf dan perjuangan. Katakanlah kita mungkin sudah terlepas atau mungkin tidak berpeluang lagi, kita berharap agar generasi selepas kita terutamanya anak2 kita, adik2 kita, anak2 saudara kita, cucu cicit kita, orang2 lain yang dekat dengan kita dan ahli2 ummah yang lain berjaya memperolehinya.
Jangan disebabkan kita dah terlepas, maka kita nak control agar orang2 di bawah kita supaya mereka tak dapat, takut2 lebih daripada kita dan sedar akan kelemahan dan kesilapan kita.
Sebab ada juga orang yang sikapnya seperti itu. Dia dah pencen. Zaman muda dan zaman masih kuat dulu tak berapa mahu berkorban untuk mencari guru2, mendapatkan ilmu2 agama, mengamalkan pelajaran2, berdakwah dsb. Tetapi untuk hal2 lain sanggup pula dia bersusah-payah dan sanggup berkorban masa, tenaga, duit, serta kerehatan.
Apabila dah pencen, nak kejar semula ilmu2 tu dah rasa jauh sangat. Tak sempat dah nak cover. Orang2 lain dah cari 30-40 tahun, dia baru nak mula. Maka dia dah terlepas dan tak terkejar. Sepatutnya dia dorong anak2 cari ilmu2 dan amal2 tu sejak muda remaja, supaya tak jadi macam dia.
Malangnya, sebaliknya dia kalau boleh tak mahu anak2 ke arah itu. Sebab, dia khuatir anak2 dia akan lebih berilmu dan beramal agama, lebih faham agama, lebih tinggi maqam, lebih daripada dia, takut dipandang rendah oleh anak2 kerana kejahilan dia, dan yang paling dia takut - anak2 terperasan dan sedar akan kelemahan2 dan kesalahan yang dia buat selama ini. Takut jatuh saham dia. Takut dipandang jahil, lemah. Kalau boleh dia nak anak2 jangan terjumpa le ilmu2 agama ni dan jangan dapat lebih daripada dia. Sepatutnya, kita ni jika anak2 dapat lebih daripada kita, lagilah kita suka.
Dalam hidup kita, memang sesekali kita terlambat. Tapi jangan biasakan terlambat, jangan selalu terlambat, jangan lama terlambatnya.
Memang kita akan buat silap. Tapi jangan biasakan buat silap, jangan selalu buat silap, jangan banyak buat silap, jangan lama buat silapnya.
…catatan kuliah khas “Merancang Rumahtangga Tasawuf & Keluarga Perjuangan Agama”, Paklong Abu Zulfiqar, 22/11/25
No comments:
Post a Comment