Wednesday, August 13, 2025

Nota Live : Adab Berdoa

 

LAGI ANTARA YANG DISENTUH DALAM LIVE STREAMING KE-9 (9/8/25) :

ADAB BERDOA

 

Pertama : Mengutamakan waktu2 yg mulia. Contohnya pd Hari ‘Arafah untuk tahunan, bulan Ramadhan utk bulanan, hari Jumaat utk mingguan, dan pada waktu sahur utk malam.

 

Kedua : Memilih waktu2 tertentu. Contohnya ketika hujan turun, ketika mengerjakan solat fardhu, waktu antara azan dan iqamah, dan ketika berpuasa.

 

Sabda Nabi SAW : “Doa antara azan dan iqamah tidak akan ditolak.” (Abu Dawud, Turmizi)

 

Sabda Nabi SAW : “Orang yang berpuasa tidak akan ditolak doanya.” (Turmizi, Ibnu Majah)

 

Sabda Nabi SAW : “Hamba yang paling dekat dengan Tuhannya ialah orang yang sujud. Oleh itu, perbanyakkanlah doa ketika sujud.” (Muslim)

 

Ketiga : Sekiranya berpeluang, berdoalah dgn menghadap qiblat, mengangkat tangan, menundukkan mata & memicingkan mata.

 

Keempat : Berdoalah dgn merendahkan suara.

 

Kelima : Elakkan memberat2kan diri dgn membaca doa yg susunannya terlalu berpuisi2.

 

Keenam : Berdoalah dgn merendah diri, khusyuk dan takut akan Allah.

 

Ketujuh : Berharap sepenuhnya kpd Allah agar Allah kabulkan isi doa itu.

 

Kelapan : Bersungguh2 berdoa. Elok diulang tiga kali pd bahagian2 yg dihajati.

 

Berkata Ibnu Mas’ud : “Adalah Nabi SAW apabila berdoa, ia berdoa tiga kali, dan apabila meminta, ia meminta tiga kali.” (Muslim)

 

Kesembilan : Mulakan doa dengan menyebut akan Allah. Jangan terus dimulakan dengan permintaan.

 

Abu Sulaiman ad-Darani berkata : “Barangsiapa berhajat meminta kepada Allah akan sesuatu keperluan, hendaklah dimulainya dengan selawat kepada Nabi SAW. Kemudian dimintanya akan keperluannya itu. Lalu disudahinya dengan selawat kepada Nabi saw. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menerima akan dua selawat itu dan Dia Maha Pemurah daripada meninggalkan (daripada tidak menerima) akan doa di antara kedua-dua selawat tadi.”

 

Kesepuluh : Jaga adab batin ketika berdoa. Adab batin ini akan memudahkan doa diterima oleh Allah. Antaranya kita hendaklah bertaubat akan segala dosa2 kita (banyakkan beristighfar), kembalikan segala hak2 orang yang teraniaya/dizlimi, dan menghadapkan diri kepada Allah dengan seluruh hati.

 

-          Nota drpd live streaming channel Tg : Ilmu2 Imam Al-Ghazali

 

 

Tahap2 Manusia Mengingati Allah

 

Tahap2 manusia dalam mengingati Allah sehari2 :

1.     Manusia yang langsung tidak ingat akan Allah.

2.     Manusia yang ada ingat akan Allah tetapi sedikit. Mereka lebih banyak ingat akan selain Allah.

3.     Manusia yang ingat akan Allah dan ingat selain Allah sama banyak.

4.     Manusia yang lebih banyak ingat akan Allah.

5.     Manusia yang sangat banyak mengingati Allah.

6.     Manusia yang sentiasa dalam keadaan ingat akan Allah.

Ahli2 tasawuf, sufi dan tarekat bermatlamatkan yang no. 4 dan ke atas (5, 6).

 

Dan ada maqam yang lebih khusus iaitu manusia yang dirinya sudah “terhapus” dalam mengingati Allah. 060825

Daurahkan Kitab Ringkasan Ihya Secara Berkampung?

 

Ada permintaan agar didaurahkan kitab ABC secara “berkampung”.

 

Penjelasan kita : Jika hendak didaurahkan (bukan syarahan tetapi sekadar ringkasan) keseluruhan kitab ABC ini, kita kena berkampung selama 3 hari 2 malam. Buat masa ini, hal itu amat sukar untuk dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita buat live streaming.

 

Kitab Anugerah Berwangian Cinta Untuk Tetamu Taman Cahaya (biasa disebut sebagai kitab ABC sahaja) ini berisi petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam al-Ghazali) yang saya susun pada tahun 2020 lalu. Kitab induk Ihya’ ini terdiri daripada 40 kitab kecil di dalamnya. Maka kitab ABC pun terdiri daripada 40 bab jugalah.

 

Jika hendak didaurahkan 40 bab ini, kita kena berkampung selama lebih kurang 3 hari 2 malam. Lalu kita gantikan dengan live streaming percuma di channel Tele iaitu channel Ilmu2 Imam Al-Ghazali t.me/imamalghazali. Untuk satu malam, kita bacakan (dengan sedikit huraian) satu bab. Insya-Allah dalam 40 malam khatamlah. Namun kita tidaklah dapat mengadakannya pada setiap malam.

 

Sekiranya anda dapat mengikuti lebih kurang 90% daripada keseluruhan 40 kali pengajian, umumnya anda sudah pun mengkhatamkan kitab ABC ini dengan saya. Sama macam daurah 3 hari 2 malam juga. Sekiranya peserta dapat hadir dalam sesi2 pengajian di sepanjang daurah itu dengan kadar 90% (lebih kurang), pendek kata peserta dikira berjaya mengkhatamkan keseluruhan kitab di bawah guru yang menyampaikannya.

 

Setakat ini kita sudah berjaya mengadakan live streaming sebanyak 8 kali (8 malam).

 

Timbul persoalan – Bagaimana dengan orang2 yang baru bermula dan sudah terlepas beberapa perkongsian sebelum ini?

 

Antara ikhtiar yang boleh kita usahakan nanti, kita akan cuba ulang kongsi bab2 yang tertinggal itu bagi orang2 yang terlepas. Insya-Allah masih boleh dapatkan 90% pengajian.

 

Kitab ini sudah tidak ada cetakan baharu. Softcopy kitab ini pun entah ke mana. Namun anda boleh sahaja terus mengikuti live streaming. Isi kandungannya pun mudah dan ringkas sahaja. Lagi pula, selepas live streaming kita akan kongsikan nota isi2 penting daripada penyampaian tersebut. Sekiranya ada orang2 berhampiran anda yang mempunyai kitab ini, fotostat sahajalah keseluruhan kitab.

 

Semoga beroleh manfaat.

 

090825