Kata orang... di kepala atau di kaki pelangi itu ada "harta karun". Maka ramailah orang yang pergi mencarinya. Walaupun sahaya sendiri asal ternampak pelangi pasti ia berada di atas kampung2 orang lain, di atas rumah orang2 lain dan di atas kepala2 orang lain, tapi ketika itu Allah ilhamkan kepada sahaya bahawa orang kampung2 lain itu juga sebenarnya ternampak pelangi di atas kampung sahaya, di atas rumah sahaya dan di atas kepala sahaya.
Maka ketika sahabat2 sibuk pergi mencari harta karun di kampung lain, sahaya cuba mencari "harta karun" di kampung sendiri, yakni tempat sahaya tinggal. Dengan izin Allah, sahaya dapat banyak "harta karun", bahkan lebih banyak daripada sahabat2 yang pergi ke kampung2 lain.
Tapi hal sebegini tidaklah boleh dijadikan hukum yang tetap kepada semua kerana ketentuan Allah itu bukannya sama bagi setiap orang. Ada sahaja ornag2 yang pergi mengejar pelangi di kampung2 lain dan berjaya mendapat "harta karun" yang banyak.
30/3/22
No comments:
Post a Comment