Engkau sampaikan dakwah kepada orang lain
kerana engkau ingat akan mereka,
kerana engkau ada rasa sayang akan mereka.
Engkau tidak kisah pun
walau mereka mungkin tidak ingat akan engkau
dan mereka mungkin tidak ada rasa sayang pun
kepada engkau
kerana yang paling penting bagi engkau
ialah Allah sayang, dan Rasul sayang.
Engkau mahu berusaha dan berikhtiar
agar mereka dapat juga sesuatu
yang mungkin mereka tidak dapat
atau belum dapat.
Usaha dan ikhtiar engkau itu
sangat terpuji di sisi Allah.
Dengan berdakwah
engkau akan lebih menjaga diri
kerana dakwahmu itu yang utamanya
adalah untuk dirimu sendiri.
Engkau tentunya malu
untuk mengatakan sesuatu
yang engkau sendiri tidak memenuhinya.
Itu pada syariatnya.
***********
Pada hakikatnya pula
dakwah engkau itu datangnya daripada Allah.
Engkau sendiri langsung tiada sebarang daya upaya.
Jangan terperasan menganggap
itu semua dakwah engkau.
Pada hakikatnya
yang ingat dan sayang akan mereka itu
tidak lain hanyalah Allah.
Engkau sendiri langsung tiada sebarang daya upaya.
Jangan terperasan menganggap
engkau yang ingat dan engkau yang sayang
akan mereka.
Jangan engkau berasa baik, berilmu dan berjasa.
Engkau tiada apa-apanya, kosong semata2.
**********
Wilayah-Nya jangan engkau bersibuk2,
kerana kerja-Nya tidak akan dipersoal
atau diminta pertnggungjawaban.
Tetapi wilayah engkaulah
yang mesti engkau bersibuk2,
kerana kerja tak kerja engkau
pasti akan dipersoal
dan diminta pertanggungajwaban.
Maka, teruslah engkau gigih
berusaha dan berikhtiar
menyampaikan dakwah.
17/3/22
No comments:
Post a Comment