Saturday, March 26, 2022

Antara Tanda Maqam Tajrid

 

PERSOALAN : Apa tanda seseorang itu di maqam tajrid dan apakah yang dilakukan oleh orang tajrid itu di dalam hidupnya? maksudnya apakah peekrjaannya dan tugasnya dalam hidup?


Antara tanda seseorang itu berada di maqam tajrid ialah :

1. Dia seorang yang soleh - aqidahnya benar, amal ibadahnya bagus, jauh daripada maksiat, kuat kebergantungannya dengan Allah, qanaah, zuhud, bagus syariatnya, selalu bersama2 dengan Allah (sibuk dengan Allah, selalu ingat Allah).

2. Keperluannya (hal2 yang bertaraf perlu baginya) selalu sahaja ada walaupun dia tidak/kurang mencarinya.


Orang tajrid itu umumnya hidup sebagaimana orang lain juga. Antara ahli tajrid yang utama ialah Rasulullah SAW dan Saiyidina Ali. Mereka menjadi mahaguru dan contoh orang2 tajrid. Carilah maklumat tentang kehidupan mereka, sebegitulah perlakuan orang2 tajrid itu dalam hidupnya. Orang2 tajrid itu beribadah, berdakwah, berperang jihad (apabila ada jihad), ada yang berkeluarga dan ada yang tidak, bertanggungjawab ke atas ahli keluarga, ambil erat akan ummah, buat kerja2 kemasyarakatan, mengajar (jika mampu), belajar, dan macam2 lagi. Itulah biasanya pekerjaan dan tugas mereka dalam hidup.


Mac 2022


No comments: