Sunday, March 27, 2022

Syurga dan Neraka Mr D

 

Syurganya Mr. D itu

kemudahan, keselesaan, keseronokan,

kepuasan, kebebasan, keramaian,

dan menjadi suatu kebanggaan.

Orang2 yang lemah imannya

tidak akan mampu bertahan

daripada menerimanya

bahkan mengejarnya.


Nerakanya Mr. D itu

kesulitan, ketidakselesaan, kesedihan,

ketidakcukupan, keterkurungan, kesendirian,

dan menjadi suatu kehinaan.

Orang2 yang teguh imannya

tetap akan berusaha dan berikhtiar bertahan

daripada menerima syurganya

bahkan menjauhinya.


Syurganya bukanlah taman-taman

sebagaimana gambaran jannah di akhirat.

Nerakanya juga bukanlah api

yang marak berkorbar-kobar

seluas, sedalam dan segelap lautan.


27/3/22

No comments: