Tuesday, March 22, 2022

Payung Sendiri Akan Mencantas Mereka

 

Menonton siri2 di media elektronik...zaman-zaman Monggol, Kristian Eropah dan Hasyasyin... apabila mereka hendak menguasai sesebuah wilayah umat Islam, kadang2 mereka membentuk satu kumpulan pendukung dan penjalan kerja2 bagi pihak mereka menggunakan orang2 tempatan. Kita namakan sahajalah sebagai XYZ Team. XYZ Team itulah yang kadang2 over mengalahkan musuh2 yang hendak menjajah. Mereka tidak hairan dibenci penduduk di wilayah tersebut kerana kini mereka dipayung oleh kuasa besar dan mendapat segala pujian, anugerah, pembiayaan, peluang2, jaminan keselamatan dan sebagainya.


Akhirnya wilayah itu pun dapatlah kepada musuh, katakanlah Monggol. Setelah berkuasa di wilayah itu, setelah tercapai matlamat mereka, maka Monggol akan bertukar strategi agar mereka dipandang baik, dipandang sebagai mulia, dan tidak bersalah. Tujuannya untuk mendapatkan sokongan penduduk. Matlamat untuk memenangi dan menguasai wilayah sudah diperoleh, kini matlamat untuk memenangi dan menguasai hati2 penduduk pulalah.


Ketika itulah para penjajah itu akan secara halus mengalihkan segala keburukan, kesalahan dan kejahatan kepada XYZ Team. XYZ team umumnya sudah tidak berguna kepada mereka lagi lalu segala keburukan dilambakkan kepada XYZ Team. Penjajah Monggol berlepas tangan daripada XYZ Team, malah selalu juga penjajah sendirilah yang menjalankan kempen meletakkan kesalahan kepada XYZ Team. Ketika itu kebanyakan penduduk akan mula menghargai penjajah, memuliakan mereka, berasa mereka berjasa, bersangka baik bahawa mereka sebenarnya sudah insaf, menyesal, dan kini mahukan keamanan dan kemajuan. Akhirnya penjajah dan rakyat terkerjasama untuk menghukum XYZ Team.


XYZ Team memang terkejut. Mereka yang banyak berjasa membantu dan menjalankan kerja2 bagi penjajah, tetapi kemudiannya ketika mereka semakin dihentam oleh rakyat, penjajah berpihak pula kepada rakyat. Tetapi, tidak ada apa lagi yang dapat mereka buat melainkan menanti nasib sahaja.


Penjajah (kini pemerintah) Monggol tak akan back-up atau backing XYZ Team kerana matlamat mereka sudah pun tercapai. Yang penting hanyalah matlamat mereka, bukannya XYZ Team. Rugi besar mereka jika mahu terus memayungi XYZ Team. Sebaliknya mereka akan untung besar pula jika mereka menentang XYZ Team.


Kisah2 sebegini selalu berulang2 tetapi manusia yang tidak mahu mengambil pengajaran dan tindakan.


16/3/22

No comments: