PERSOALAN
: Awal
penciptaan versi
Xxxxxxxx
Xxxxx
Xxxx
Axxxx.
Dari
awalnya ada dzat Allah.
Tiada yang wujud melainkan dzat Allah.
Wujud makhluk hanya majazi.
1. Ditulis : "Dari awalnya ada dzat Allah."
Tiada masalah.
2. Ditulis : "Tiada yang wujud melainkan dzat Allah."
Bahagian ini kurang jelas pada saya akan erti sebenarnya. Adakah yang dimaksudkan itu :
a) Dari segi zat (sahaja), tiada yang wujud melainkan Zat Allah. Atau
b) Dari segi zat dan segi yang lain juga, tiada yang wujud melainkan Zat Allah. Atau
c) Dari segala segi, tiada yang wujud melainkan Zat Allah. Atau
c) ..ada pengertian yang lain?
Jadi, saya tidaklah dapat beri ulasan dalam hal ini.
3. Ditulis : "Wujud makhluk hanya majazi."
Jika yang dimaksudkan itu ialah PADA HAKIKATNYA (bukan pada syariatnya) wujud makhluk hanya majazi, maka saya tidak nampak sebarang masalah di situ. Jika lain yang dimaksudkan, maka kita kena buat penelitian semula nanti.
Wallahualam.
15/3/22
No comments:
Post a Comment