Sepanjang menulis di blog, paling banyak dalam setahun saya pernah buat 161 penulisan iaitu pada tahun 2010 dan sekali lagi pada tahun 2021. Paling sedikit pula pada tahun 2014 iaitu sebanyak 31 penulisan sahaja. Dengan izin Allah, dalam masa 3 bulan pertama pada tahun 2022 ini sahaja saya dapat membuat 190 penulisan. Jemput berziarah ke blog saya Debunga Teratai Syurgawi.
Jumlahnya jadi banyak itu mungkin kerana dalam tahun ni saya banyak berurusan dan bertemu dengan orang atas urusan2 dakwah dan perubatan. Maka banyaklah idea daripada pengalaman2 itu yang boleh dikaitkan dan dikembangkan. Semoga bermanafaat.
1/4/22
No comments:
Post a Comment