PERTANYAAN : Ada seorang yang beragama Kristian kata (tulis) dalam Al-Quran tak ada nama ibu atau isteri2 Nabi Muhammad tetapi ada nama ibu kepada Jesus iaitu Maryam. Hal itu mengambarkan kelebihan Maryam (dan kononnya sekaligus kelebihan Jesus mengatasi Nabi Muhammad). Bagaimana pandangan tuan?
JAWAPAN : Hal itu sebenarnya lebih membuktikan lagi kebenaran Nabi Muhammad SAW. Ertinya baginda memang betul2 dapat wahyu daripada Allah, bukannya rekaannya sendiri. Jika Al-Quran itu rekaannya sendiri, pendek kata tentulah baginda akan memasukkan nama orang2 yang hampir dengannya seperti nama isteri2nya, nama cucu-cucunya, nama sahabat2 karibnya dan lain-lain. Tetapi nama orang2 yang jauh dari segi zaman, masa dan hubungan daripadanya seperti Nabi Isa dan ibunya pula yang ada dalam Al-Quran.
Jelaslah bahawa Nabi Muhammad tidak berbuat sesukanya melainkan hanya menyampaikan apa yang disampaikan oleh Tuhan kepadanya sahaja. Nabi Muhammad tidak boleh memilih, menyunting, menambah atau mengurangkan wahyu yang diterimanya. Sebagaimana yang diberikan, sebegitulah yang disampaikan.
Oleh itu, kewujudan nama-nama tertentu dalam Al-Quran sama sekali tidak melebihkan mereka daripada Nabi Muhammad SAW.
30/3/22
No comments:
Post a Comment