Di sebuah padang terpencil...... tiba sekumpulan 7 ekor haiwan pemangsa (contoh : singa). Mereka singgah sebentar sekitar dua bulan dalam pengembaraan mereka ke suatu tempat lain. Di padang itu pula sedia hidup sespesis haiwan daging sejumlah 30 ekor (contoh : rusa). Memang sesuailah sebagai tempat persinggahan.
Jika setiap 3 hari mereka akan memakan 1 ekor haiwan daging, ertinya dalam dua bulan itu akan terkorbanlah 20 ekor, iaitu 66%. Jumlahnya sudah diagak, dirancang dan ditetapkan. Jika terlebih atau terkurang pun, mungkin seekor dua sahaja. Jumlah itu sukar untuk diubah dan hampir2 tidak akan berubah.
Setiap hari dan setiap kali diburu, haiwan2 daging itu akan berusaha dan berikhtiar untuk mengelak dan menyelamatkan diri. Tetapi mereka sedar, usaha dan ikhtiar mereka itu bukanlah keutamaannya untuk mengurangkan yang 66% mangsa itu berkurang jadi 50%, 30%, 20% atau sebagainya. Yang 66% itu, tetap lebih kurang sebanyak itu jugalah kadarnya, cuma isunya sekarang... siapa yang bakal terselamat dan berada dalam jumlah 34% lagi itu. Yang itu sahaja.
Jadi, yang lebih berusaha dan berikhtiar untuk mengelak dan menyelamatkan diri, mereka lebih berpeluang untuk selamat dan berada dalam golongan yang 34%. Yang malas, yang kurang atau yang lemah dalam berusaha dan berikhtiar untuk mengelak dan menyelamatkan diri, maka mereka lebih berpeluang untuk berada dalam golongan yang 66% itu.
Biasanya juga, 2-3 ekor haiwan daging yang gigih mengelak akan terjadi mangsa juga. Dan 2-3 ekor haiwan daging yang malas mengelak tapi tiba2 terselamat. Nasiblah.
...perang dunia...
17/3/22
No comments:
Post a Comment