Tuesday, March 22, 2022

Dakwah - Walau Ditolak, Biasa2 Sahaja

 

Kita buat dakwah ini,

dah tentu akan ada

orang2 yang terima dan suka,

dan dah tentu akan ada

orang2 yang tak terima dan tak suka.

Kita tanam hal ini

awal2 siap2 dalam minda.


Maka apabila kita berhadapan dengan

penolakan dan ketidaksukaan,

hati kita akan cenderung

untuk rasa biasa2 sahaja.


Kita tak akan mudah down.

Dan kita pun tak ada rasa tak sedap hati

dengan orang yang menolak

dan yang tidak suka itu.

Kita akan cenderung untuk

sentiasa rasa sukacita

dan sentiasa bersemangat.


Lagi pun

pada hakikatnya

kita ini hanya abdi

dalam kerja-kerja-Nya.


20/3/22

No comments: