Melaksanakan solat, berpuasa,
berhaji, berjihad
dalam keadaan tahu akan Allah,
ada lazatnya.
Melaksanakan solat, berpuasa,
berhaji, berjihad
dalam keadaan kenal akan Allah (ma'rifatullah),
lain lazatnya
dan lebih lagi.
Melaksanakan solat, berpuasa,
berhaji, berjihad
dalam keadaan cinta akan Allah,
lain pula lazatnya
dan lebih lagi.
Melaksanakan solat, berpuasa,
berhaji, berjihad
dalam keadaan cinta Allah,
lagi lain lazatnya
bahkan lebih lagi.
Doa mohon kepada-Nya,
ikhlaskan hati,
teruskan menggali ilmu2 dan dapatan,
istiqamah bersuhbah dengan guru2
walau dekat walau jauh,
dan mujahadah.
Insya-Allah ada rezeki kita.
17/3/22
No comments:
Post a Comment