Dulu-dulu
banyak juga orang
yang berhati2 dengan media,
banyak berusaha gigih
menapis maklumat2 media,
dan tak mudah2 percaya
dengan sebaran2 media.
Tapi kini
jumlahnya jadi begitu mengecil.
Ramai pula yang sudah kurang berhati2,
tak macam dulu2,
kurang sangat nak menapis maklumat2,
tak macam dulu,
dan selalunya mudah2 sahaja
meyakini maklumat2 sebaran media,
tak macam dulu2.
Padahal mereka yang dulunya
mengajar kita
agar sangat berhati2,
kena rajin menapis maklumat,
dan jangan mudah2 yakin,
mereka juga sudah beralih ajaran.
Terbalik pula dengan
yang mereka ajarkan dulu.
Kini...yakin sahaja, terima, dan jangan persoal.
20/3/22
No comments:
Post a Comment