Saturday, March 26, 2022

10 Tazkirah Ringkas

 

1. Jika dengan 2-3 mata lauk pun sudah boleh mencapai kemuncak matlamat aktiviti makan, untuk apa mahu dicari sampai 20-30 mata lauk? Begitulah dalam keruhanian.


2. Untuk berjaya, insya-Allah dengan TAHU dan SUKA. Untuk cemerlang, insya-Allah dengan KENAL dan CINTA.


3. Umumnya selagi kita belum dengar betul-betul cerita kedua-dua belah pihak, kita jangan berhukum lebih dahulu, jangan mengambil sikap lebih dahulu, jangan bersangka-sangka lagi, jangan terus percaya. Dengar dulu hujah kedua-dua belah pihak dengan SAMA BERAT, barulah sesuai dengan kehendak agama.


4. Mengapa guru keRUHanian tidak menguji? Kerana cukup dengan memerhati para salik menguruskan ujian kehidupan sehari-hari.


5. Dulu-dulu dia yang ajar kita jangan mudah-mudah yakin media. Tapi kemudian dia pula yang jadi sangat kuat yakin akan media.


6. Lagi banyak sunnah-sunnah Rasulullah

terpamer pada diri jasmani dan diri ruhanimu,

akan lebih banyaklah

rasa kebersamaan engkau dengan baginda.


7. Dakwah harian adalah untuk kesedaran harian kerana kesedaran kita ada naik turun, ada kuat lemah.


8. Dulu kusangkakan orang-orang Ghazaliyahlah (dan ahli-ahli tasauf,sufi, tariqah yang lain) yang berlebihan-lebihan dalam beragama, tetapi kemudiannya baru kusedar dan faham bahawa sebenarnya akulah yang sangat "jauh" daripada Ilahku.


9. Antara yang kuat "berIlahkan" sains ialah sebahagian ahli-ahli falsafah Yunani. Imam al-Ghazali sangat kuat menghadapi fahaman mereka.


10. Kita mudah sakit hati dengan orang kerana hati kita memang sedia berpenyakit. Maka kita ubatilah dengan ramuan tasawuf. Insya-Allah sembuh ia.


Abu Zulfiqar al-Amsyari


No comments: