Saturday, March 26, 2022

Mahu Yang Dalam2, Tinggi dan Qalbu2

 

Mahu yang dalam2

tapi lemah dan malas

dalam berusaha

untuk menyelam dalam2,

sekadar habiskan banyak masa

di air cetek...

maka akhirnya

hanya dapat mendengar cerita2 sahajalah

tentang keindahan dan keajaiban

laut dalam.


Mahu yang tinggi2

tapi lemah dan malas

dalam berusaha

untuk mendaki tinggi2,

sekadar habiskan banyak masa

di dataran rendah...

maka akhirnya

hanya dapat mendengar cerita2 sahajalah

tentang keindahan dan keajaiban

gunung-gunung tinggi.


Mahu yang qalbu2

tapi lemah dan malas

dalam berusaha

untuk yang qalbu,

sekadar habiskan banyak masa

di anggota2 dan aqal2...

maka akhirnya

hanya dapat mendengar cerita2 sahajalah

tentang keindahan dan keajaiban

wilayah qalbu2.


22/3/22

No comments: